Liwat bukan kesalahan qazaf di Malaysia

Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

- Advertisement -

Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.

p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam.

Rujukan:

bukan kesalahan qazaf di Malaysia
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/05/liwat-bukan-kesalahan-qazaf-di-malaysia/

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah.

Ini berikutan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh menolak rayuan dan semakan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa 4 saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Hakim Md Yusup dalam keputusan sebulat suara bersama Hakim-hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain berkata mahkamah itu terikat dengan undang-undang negara ini mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bahawa liwat tidak tergolong dalam pertuduhan qazaf.

“Qazaf hanya untuk kes pertuduhan zina sahaja dan kami terikat dengan Seksyen 41 itu. Oleh itu kami tidak mempunyai pilihan lain, perlu mengikut undang-undang di negara ini bagi pertuduhan qazaf,” katanya.

Beliau juga berkata mahkamah juga tidak boleh campur tangan terhadap kuasa ketua pendakwa Syarie berhubung sesuatu pendakwaan kerana itu kuasa eksklusifnya yang tidak boleh dipaksa untuk memulakan pendakwaan.

Katanya oleh yang demikian, mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut seterusnya mengekalkan keputusan itu.

Beliau berkata Anwar selaku perayu juga gagal mengemukakan hujahan bertulis untuk menyokong rayuannya sebaliknya hanya membangkitkannya dalam hujahan lisan.

“Rayuan perayu (Anwar) ditolak dengan kos RM5,000,” kata Md Yusup.

Pada 7 Januari 2010, Anwar menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari atas tuduhan qazaf.

Beliau menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Jamil Khir hadir pada prosiding hari ini. Anwar juga hadir di mahkamah.

Peguam Dr Rafie Mohd Shafie yang mewakili Anwar ketika ditemui berkata pihaknya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah itu kepada Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. Aku pernah mendengar seorang ustaz yang neutral (non-partisan) menyatakan bahawa liwat itu adalah dosa yang tergolong dalam kategori zina. Antara kenyataan ustaz itu mentakrifkan zina itu termasuklah;
    1. Mengadakan seks dengan orang yang boleh dikahwini
    2. Perbuatan seks dengan makhluk bukan manusia (binatang/sex toys dan seumpamanya)
    3. Meliwat isteri
    4. Seks dengan orang yang tidak boleh/layak dikahwini (sumbang mahram)
    5. Seks sesama jenis
    6. Zina tangan (onani)
    7. Rogol
    Kesemua ini adalah kategori² yang ditakrifkan sebagai perlakuan zina. Wallahua’lam..

Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?