27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Liwat II: Dokumen Penghakiman Penentu Tindakan Susulan – Peguam Anwar

anwar-liwat-gopal-sri-ram

Barisan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan sama ada akan mengemukakan permohonan mengkaji semula keputusan terhadap kes liwat kedua ketua pembangkang itu selepas memperoleh penghakiman penuh.

Ramkarpal Singh Deo berkata, mereka tidak perlu tergesa-gesa kerana tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pihaknya berbuat demikian.

“Kami mungkin akan mengemukakan permohonan untuk mengkaji semula keputusan mahkamah tetapi ia bergantung kepada penghakiman penuh,” katanya sambil menambah pihaknya hanya menerima penghakiman awal pada Selasa.

Berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, Ramkarpal berkata, beliau kesal dengan keputusan yang dibuat itu.

“Walaupun kami menerima keputusan itu, ia tidak bermakna kami bersetuju dengan keputusan mahkamah,” katanya.

Seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo berkata, pihak peguam perlu meneliti penghakiman lengkap terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan untuk mengkaji semula keputusan itu.

Bagaimanapun, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai barisan 15 peguam yang mewakili Anwar enggan memberi sebarang komen apabila ditemui wartawan.

Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 iaitu Peraturan 137 membenarkan pihak yang kalah boleh mengemukakan permohonan mengkaji semula keputusan mahkamah.
Pada Selasa, Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap kes liwat keduanya terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...