Liwat II: Kumpulan Ulama PAS Tidak Muncul - pakdin.my

majlis ulama pas

Ketika ramai pimpinan utama pakatan pembangkang hadir ke Mahkamah Persekutuan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya segelintir pemimpin PAS kelihatan pada prosiding akhir rayuan kes liwat kedua Ketua Pembangkang itu.

Turut tidak kelihatan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebalikya sekutu Pakatan Rakyat itu hanya diwakili beberapa pimpinannya yang pro-Anwar antaranya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bebeza ketika Anwar berhadapan prosiding akhir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kumpulan ulama PAS termasuk Abdul Hadi turut hadir memberi sokongan kepada Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Abdul Hadi juga tidak hadir pada program ceramah kemuncak ‘rakyat hakim negara’ yang diadakan bagi meraih sokongan kepada Anwar yang diadakan di Padang Timur di Petaling Jaya pada Isnin malam.

Pada lewat petang Isnin, tersebar kenyataan media Abdul Hadi yang didakwa palsu menyebut beliau menyatakan bahawa saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi parti itu.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar segera mengeluarkan kenyataan penafian berhubung penyebaran kenyataan Hadi itu.

UTAMABERITALiwat II: Kumpulan Ulama PAS Tidak Muncul

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium