25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Logo DAP Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk PRU14

Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14? Ya, nampaknya begitulah. Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM.

“Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.

“Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, 27 Februari 2018

Pakatan Harapan, logonya begitu buruk dan dikecam oleh ahli ahlinya sendiri pada Mei tahun lepas. Logo yang buruk itu ditarik balik, kemudian Teresa Kok, ahli parlimen DAP Seputeh menyatakan logo pembangkang hanya memerlukan sentuhan akhir sahaja untuk siap.

Bila sudah siap, logo itu sekali lagi dikutuk dan kena ‘troll” dengan netizen. 14 Julai 2017, logo baru menyerupai hidung Mahathir siap bersama dengan 7 janji pembangkang dalam tempoh 100 hari. Logo yang dicadang kepada ROS itu ditegur dan diminta dibaiki.

Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap. Sejak kenyataan Mahathir pada 28 Julai 2017 itu hingga ke hari ini, sudah hampir 9 bulan, masih lagi tidak siap siap logo baru. Kemudian pembangkang mengambil tindakan menyalahkan ROS.

Padahal kesalahan dan kesilapan itu adalah di pihak mereka sendiri. Gagal kemukakan logo pindaan seperti yang diminta oleh ROS. Bukan itu sahaja  Pakatan Harapan juga  masih lagi berstatus “parti haram’ dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.

Pakatan Harapan “masih berstatus haram” kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM sendiri. PPBM sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Itu pun masih hendak salahkan ROS?

Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga kacau bilau. Mesyuarat di peringkat cawangan pun tidak boleh buat. Jumlah ahli pun takut hendak umumkan.

Di Kelantan, RM5,000 sahaja diperuntuk untuk PPBM di setiap Bahagian, itu pun ada yang tidak dapat. Kuda Mahathir makan karot sampai RM50,000 sebulan, ahli PPBM dapat RM5,000 sahaja. Bermaksud kuda Mahathir lebih bernilailah dari ahli PPBM di mata Mahathir.

Logo tidak siap, janji yang dibuat pun sudah diakui oleh Mahathir sukar hendak ditunaikan jika mereka berkuasa. Bermaksud, belum lagi masuk ke medan PRU14, pembangkang sudah gagal. Parti bunga, belum lagi bertanding di mana mana kerusi sudah pun gagal dan layu.

Bila PPBM gagal dan hancur, maka Mahathir tiada pilihan lain, terpaksalah melutut meminta bantuan DAP. Dana RM1 billion sudah pun diberi kepada DAP untuk membolehkan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan menjadikan Mukhriz sebagai PM.

Kini tiba habuan yang satu lagi iaitu menggunakan logo DAP. Kenapa tidak guna logo PKR? Kalau guna logo PKR, Mahathir akan teruk lagi kena protes dengan orang orang PKR yang lama. PKR itu ditubuh semata mata untuk melawan Mahafiraun.

Tidak mungkin guna logo PKR. Parti yang diasaskan Mat Sabu pula masih baru, ahli ahli parlimen DAP tidak akan gunakan logo PAN untuk bertanding di kawasan kawasan majoriti pengundi Cina. PPBM masih bermasalah. Hanya logo DAP yang nampaknya boleh digunakan.

Lagipun, 38 ahli parlimen DAP yang ada sekarang selesa dengan logo itu. DAP tidak akan korbankan kemenangan 38 orang ahli parlimen ini dengan menukar logo lain. DAP akan paksa semua ahli parlimen pembangkang yang hendak bertanding mengunakan logo mereka.

Yang nampak ada peluang menang banyak dalam pembangkang adalah DAP bukannya parti lain. Ini bukti DAP adalah parti yang menjadi “top dog” sebenar dalam pembangkang.

Mahathir,Mukhriz dan Muhyiddin juga akan guna logo DAP dalam PRU14 nanti. Jadilah mereka “kuda kuda” DAP nanti.


Rujukan:
https://pakdin.my/pakatan-harapan-kini-diketuai-dap/
https://pakdin.my/tersungkurnya-dr-mahathir-di-kaki-dap/
https://pakdin.my/terdesak-ke-putrajaya-logo-roket-akan-diguna-setelah-ppbm-bakal-diharamkan/

Tulisan :
Beruang Biru
BB797, Rabu
28 Februari 2018

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...