28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Longgar Syarat Untuk Cina Sertai PDRM: Meritokrasi Ala Malaysian-Malaysia?

Polis DiRaja Malaysia
Polis DiRaja Malaysia

Ramai yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkenaan keputusan PDRM untuk melonggarkan beberapa syarat pengambilan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina ke dalam pasukan keselamatan itu.

Antara syarat yang dilonggarkan ialah kaum Cina hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Kenyataan tersebut membawa persepsi bahawa kerajaan BN begitu terdesak untuk meraih sokongan Cina sehingga sanggup menggadaikan ketegasan PDRM serta kedudukan bahasa kebangsaan semata-mata untuk ‘memuaskan hati’ masyarakat Cina.

Selain itu, keputusan PDRM juga secara langsung mengesahkan bahawa kaum Cina diberi perhatian khusus dan istimewa di dalam negara di mana peraturan, undang-undang dan juga syarat boleh diubah-suai dan ditukar pada bila-bila masa bagi menepati ‘citarasa’ mereka.

Dalam keadaan di mana masyarakat Cina sering menuduh kerajaan sebagai tidak adil dan mendesak kepada kesamarataan total atas dasar meritokrasi, mereka seharusnya merasa malu sekiranya menerima baik pengumuman PDRM ini.  Apa yang dilakukan oleh PDRM jelas membelakangkan sistem meritokrasi tetapi memberi kelonggaran terpilih atas dasar kaum sepertimana yang sering ditentang oleh kaum Cina.  Namun, oleh kerana kaum Cina yang untung dari kelonggaran syarat ini, maka tidak pula kita dengar laungan meritokrasi dari mereka.

Mungkin hujah PDRM bagi menjustifikasi keputusan ini ialah kelonggaran tersebut merupakan sistem yang sama digunapakai dalam sistem kuota pendidikan di universiti. Justeru, ia dianggap adil dan saksama di mana kaum bumiputera mendapat keistimewaan dalam pendidikan dan kaum Cina mendapat keistimewaan untuk menyertai pasukan keselamatan.

Jika benar, maka ia merupakan satu perbandingan yang tidak adil sama sekali kerana kuota universiti pertamanya mengambilkira latarbelakang kemampuan pelajar.  Dari situ, kelonggaran diberikan kepada mereka yang kurang kemampuan dan mempunyai peluang yang terhad dari segi pembelajaran. Keadaan ini memaksa keutamaan diberikan kepada bumiputera memandangkan golongan ini yang paling ramai termasuk dalam kumpulan yang kurang berkemampuan dan mempunyai peluang yang terhad tadi.  Pendidikan merupakan keperluan asas dan semua rakyat wajib diberi peluang untuk mendapat pendidikan tinggi.


Sedangkan, kemasukan ke PDRM bukanlah satu keperluan asas, tetapi hanya merupakan satu ‘pilihan’ semata-mata.  Adalah tidak adil kita melonggarkan syarat kemasukan untuk satu kaum manakala kaum lain terpaksa melalui syarat yang ketat, sedangkan kaum yang diberi kelonggaran itu tidak mempunyai keperluan pun untuk memilih kerjaya di dalam PDRM.

Dari pihak PDRM pula, mempunyai anggota polis dari semua kaum bukanlah sesuatu yang kritikal sehinggakan kerajaan perlu memberi keistimewaan kepada mana-mana kaum untuk menganggotainya.

Lebih-lebih lagi apabila kelonggaran yang diberikan itu melibatkan Bahasa Kebangsaan, maka ia secara langsung menonjolkan kelemahan pihak kerajaan dan juga PDRM dalam menghayati semangat nasionalisme.

Adalah menjadi tanggungjawab semua warga Malaysia untuk fasih dalam bahasa kebangsaan dan adalah wajib bagi mereka untuk mempunyai kelulusan yang sewajarnya dalam penguasaan bahasa itu jika ingin memegang jawatan di dalam pasukan keselamatan negara ini.   Amatlah janggal sekali apabila seorang anggota polis tidak mampu berbahasa kebangsaan dengan baik memandangkan mereka perlu berurusan dengan rakyat marhaen yang mana rata-ratanya menggunakan bahasa kebangsaan.

Walaupun ada dari golongan masyarakat Cina yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, bukanlah tanggungjawab PDRM untuk memenuhi keperluan bahasa warganegara yang degil ini.  Malah, adalah menjadi kewajiban mereka untuk belajar bahasa kebangsaan dengan sempurna agar dapat berkomunikasi dengan baik di semua peringkat, terutama ketika ditimpa kesusahan.

Jika kita tunduk kepada kedegilan kaum yang enggan menguasai bahasa kebangsaan, maka lama kelamaan kita akan kehilangan identiti diri.  PDRM tidak seharusnya melutut kepada warga yang degil, tetapi sebaliknya bertegas meletakkan identiti negara di tempat sewajarnya.   Tanpa identiti yang kukuh, tidak akan ada semangat nasionalisme yang teguh.

Bayangkan, apakah jenis anggota keselamatan yang tidak punya semangat nasionalisme terhadap negara sendiri?

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...