24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Lori Rempuh Pekerja PROPEL, 4 Maut

Empat termasuk pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad, PROPEL terbunuh selepas sebuah lori treler merempuh sekumpulan pekerja yang sedang memasang kabel di tepi lebuh raya.

Kejadian jam 4:30 pagi itu juga mengakibatkan enam yang lain cedera parah.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, kejadian berlaku di Kilometer 294.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Gopeng.

Ketika kejadian, lapan pekerja PROPEL dan pekerja kontrak sebuah syarikat telekomunikasi memasang kabel di tepi lebih raya.

Sebaik meletakkan kon untuk menutup sebahagian laluan ke arah utara ini, sebuah lori treler tiba-tiba merempuh pekerja berkenaan.

Lori treler yang hilang kawalan itu juga merempuh empat kenderaan mangsa yang diletakkan di bahu jalan.

Akibat rempuhan itu, tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


Empat lagi rakan mereka cedera parah.

Turut mengalami kecederaan, pemandu serta kelindan lori treler ini.

Kesemua mangsa kini dirawat di hospital sama.

Difahamkan laluan di tempat kejadian agak landai dan basah kerana hujan.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat.

Mangsa Kemalangan Lihat Rakan Terpelanting Bawah Treler

IPOH: “Saya dengar bunyi brek dari arah belakang dan dalam sekelip mata saya berada di tepi longkang dan melihat rakan-rakan lain tersepit di bawah treler”.

Menceritakan detik kemalangan maut yang mengorbankan empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) di kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan awal hari ini, Dino Azmi, 36, berkata ketika itu beliau bersama pekerja lain sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lebuh raya itu.

Kemalangan berhampiran Gopeng pada pukul 4.30 pagi itu menyebabkan empat lagi pekerja Propel serta pemandu dan kelindan treler terlibat cedera.


Dino berkata rempuhan kuat treler membawa muatan coklat itu menyebabkan sebahagian mangsa terpelanting dan terperosok di bawah treler.

“Saya sempat melihat treler itu merempuh empat kenderaan yang diletakkan dilorong kecemasan.

“Sedar-sedar saya sudah berada di tepi longkang. Saya kemudian merangkak kearah rakan-rakan lain yang tersepit di bawah lori,” katanya kepada pemberitaketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Mereka yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin Baru, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.

Selain Dino, tiga lagi pekerja Propel yang cedera ialah Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31, manakala pemandu treler yang turut cedera hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya Mohd Rozi Mat Sharif, 44.

Dino berkata hanya beliau yang mampu merangkak untuk mendapatkan bantuanmanakala rakannya yang lain mengerang kesakitan.

“Hanya saya yang mampu bersuara dan bergerak ketika itu dan saya hanya sempat menarik Ismady.

“Saya terpaksa menelefon sendiri pihak hospital untuk mendapatkan bantuankerana tidak ada satu kereta pun yang berhenti sejurus kejadian berlaku,”katanya.


Dino berkata sebelum kejadian, dia bersama Ismady dan Mahyuddin sempat menikmati makan malam sebelum menerima panggilan kecemasan yang meminta mereka bekerja.

“Kami bergerak dengan keadaan tergesa-gesa…Saya tak sangka itulah detik-detik terakhir saya bersama Ismady. Masa itu dia (Ismady) tak pula tunjukkan perangai pelik,” katanya.

Sementara itu adik kepada Ismady, Mohd Fairuz Mohd Rodzi, 26, berkata abangnya yang merupakan anak kedua dari tiga beradik itu keluar dari rumah mereka di Bercham kira-kira pukul 8 malam tadi selepas menikmati makan malam.

“Saya tak sangka itu saat-saat akhir kami bersama sebelum dia meninggalkan kami untuk selama-lamanya,” katanya dengan nada yang tenang.

Mohd Fairuz berkata beliau pernah diberitahu bahawa abangnya itu inginberhenti kerja di syarikat berkenaan kerana sering bertugas pada lewat malam.

Mohd Shahrul, 29, anak kepada Mohd Shafie yang ditemui di Hospital Kampar pula berkata beliau sempat meluangkan masa bersama ayahnya ketika pulang bercutidi rumah keluarganya di sini minggu lepas

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Komen

..