[Video] Lori tangki terbakar di lebuh raya - pakdin.my

IPOH: Sebuah lori tangki dipercayai membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 11.16 pagi dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah lori tangki muatan minyak sedang terbakar 60 peratus dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan.

“Operasi diketuai Shamsul Osman itu turut dibantu BBP Ipoh dan Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

UTAMABERITA Lori tangki terbakar di lebuh raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium