Low Yat: Suspek curi telefon bimbit di didakwa hari ini - pakdin.my

lowyat-cctv-curi-phone

Salah seorang suspek yang ditahan di Plaza Low Yat di sini kerana mencuri telefon bimbit akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta,.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Zainuddin ketika ditemui di pekarangan Plaza Low Yat malam ini memberitahu, pihaknya sedang berusaha memburu suspek-suspek terma­suklah mengedarkan lakaran wajah mereka.

Menurutnya, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka setakat ini mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan merusuh dengan senjata.

Katanya, jumlah mereka yang ditahan setakat ini kerana membuat kekacauan di pusat beli belah itu masih seramai 19 orang.

“Kami juga berharap orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

Kata beliau, setakat pukul 11 malam tidak berlaku sebarang kekecohan di sekitar Plaza Low Yat dan pihaknya berharap orang ramai tidak mempercayai sebarang khabar angin berlakunya kekecohan seumpama itu seperti yang terjadi semalam.

UTAMABERITALow Yat: Suspek curi telefon bimbit di didakwa hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium