LPPSA perkenal program LPPSA i-Prihatin mulai hari ini - pakdin.my

Berkuat kuasa hari ini, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang masih mempunyai akaun berstatus aktif.

Menurut LPPSA, program kerjasama antara LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.

“Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000,” menurut LPPSA dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, manfaat atau perlindungan yang ditawarkan termasuk kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan, keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan, jumlah perlindungan tambahan untuk kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa melancong di luar negara dan di dalam pengangkutan awam.

Manfaat dan perlindungan lain adalah perbelanjaan pengebumian akibat kemalangan, perbelanjaan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan, Badal Haji, perbelanjaan pemulihan akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan serta bayaran ambulans.

Manfaat atau perlindungan yang ditawarkan juga termasuk elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan ATM dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun).

Permohonan perlindungan GPA boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMABERITALPPSA perkenal program LPPSA i-Prihatin mulai hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium