LTTE: Sebenarnya, Guan Eng mahu apa?

Guan Eng boleh check link-link yang diberi oleh Wikipedia bila dia ada masa terluang

Banyak kali DAP kata mereka tiada kaitan dengan LTTE tetapi Guan Eng pula mahu sibuk tanya kenapa LTTE disenaraikan sebagai kumpulan pengganas di Malaysia.

Ini seperti DAP kata mereka langsung tiada kaitan dengan komik propaganda itu tapi tegas bahawa komik itu tidak boleh diharamkan dan mesti dibenarkan untuk diedar ke semua sekolah-sekolah.

Tapi saya baca bahawa LTTE telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh 32 buah negara di dunia termasuk USA, UK, Kesatuan Eropah, India dan juga Malaysia (sejak tahun 2014).

Guan Eng boleh check link-link yang diberi oleh Wikipedia bila dia ada masa terluang:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Liberation_Tigers_of_Tamil_Eelam#Proscription_as_a_terrorist_group

Juga ada dalam senarai “Foreign Terrorist Organization” dari USA (nombor 10):
https://www.state.gov/foreign-terrorist-organizations/?fbclid=IwAR3dmPgWD-e3b5BkCLTpWJEvMBdOPF7BsXZ05xCOPdfoah1YvKWu5EBxXPY

Najib Razak

Loading...