27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

[Video] Lucut kerakyataan Xavier dan pengguna Facebook hina Agong, Parlimen

Tiga laporan polis dibuat ke atas seorang wakil rakyat dan dua pemilik laman Facebook yang didakwa memperlekeh dan menghina Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Parlimen semalam.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, ketiga-tiga laporan polis itu dibuat bagi mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan dan bertindak ke atas ketiga-tiga individu tersebut, termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar.

Katanya, MJMM juga membuat laporan polis ke atas Xavier kerana membuat ucapan dalam rakaman video yang menyatakan sidang Parlimen semalam macam sampah dan tidak berguna.

“Ini satu penghinaan kepada Agong dan kenapa kamu (Xavier) sebagai wakil rakyat sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah dan berunsur hasutan, tidak gunakan otak kah? Kamu jadi wakil rakyat apa?

“Saya mohon jasa baik 221 Ahli Parlimen di Dewan rakyat ambil tindakan ke atas Xavier. Rukun Negara kedua jelas mengatakan kesetiaan kepada raja dan negara, mana kesetiaan kamu (Xavier), ini tidak betul,” katanya kepada  di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Justeru katanya dua lagi laporan menyusul ke atas tindakan dua pemilik akaun Facebook, Dx Calvin dan Aaron Yee, yang mengeluarkan kata-kata menghina dan menghasut ke atas baginda semasa titah ucapan perasmian sidang Parlimen ke-14.

Ujar beliau, Dx Calvin menulis perkataan menghina YDPA semasa siaran langsung titah baginda di dewan rakyat manakala seorang lagi individu, Aaron Yee, menulis perkataan lucah dan merendahkan demokrasi negara.

“Ini komen biadap dan kurang ajar yang tidak mempamerkan ciri hormat kepada institusi raja dan Agong. Kenapa hina Agong dengan kata kesat.

“Saya cadangkan jasa baik PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) siasat kesahihan kedua-dua akaun FB dan kata-kata lucah individu itu serta bertindak tegas,” ujarnya.

Beliau juga mahu kerakyatan kedua-dua individu itu dilucutkan, dipenjara 50 tahun dan didenda RM1 juta sebagai pengajaran kepada mereka yang berniat menghina Agong dan institusi diraja.

Ranu juga mahu ketiga-tiga individu termasuk Xavier ditangkap dan disiasat disusuli tindakan tegas.

“Malahan para netizen yang marah dengan tindakan itu jangan sekadar luahkan perasaan di media sosial sahaja tapi keluar beramai ramai buat laporan polis membolehkan tindakan polis ke atas ketiga-tiga mereka.

“Kamu sebagai wakil rakyat (Xavier) sepatutnya bantu rakyat tenangkan mereka kerana kini berdepan musibah koronavirus (Covid-19), bukannya memburukkan keadaan dengan hina Agong dan sebagainya.

“Kamu tak layak jadi wakil rakyat, bagilah saya jawatan wakil rakyat dan tengok saya macam mana (buat kerja),” katanya.- MalaysiaGazette






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan