Luruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia – CMO - pakdin.my

KUCHING — Pejabat Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MCO dalam kenyataan berkata orang ramai perlu mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.

“Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia berkata berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Dis disebabkan luruan monsun itu.

— BERNAMA

Lagi Berita
Hujan berterusan diramal di Johor, Sabah dan Sarawak ekoran luruan monsun
Kerajaan Sarawak beli lambakan 72 tan nanas di Dalat untuk agihan percuma kepada rakyat
GPS Kekal kuasai Sarawak

UTAMABERITALuruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia - CMO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium