25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

#LynasSelamat : Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah ‘Baiah’?

Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

“Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya”.

“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah”.

“Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, “Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment”.

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

++++

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah ‘baiah’ taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

+++

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan