25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Lynas Mulakan Prosiding Saman Fitnah

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited memulakan prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap portal berita ‘Free Malaysia Today’, berhubung apa yang didakwanya sebagai kenyataan palsu dan mengelirukan dalam artikel siarannya baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata ia juga telah memulakan prosiding saman fitnah terhadap sebuah kumpulan dikenali sebagai ‘Save Malaysia, Stop Lynas’, pengarah dan beberapa anggota jawatankuasanya.

Prosiding itu adalah berhubung kenyataan yang didakwa palsu serta mengelirukan yang terkandung dalam surat terbuka yang tersiar baru-baru ini dalam laman blog ‘Save Malaysia, Stop Lynas’.

“Lynas telah, dan akan mengemukakan representasi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menyiarkan kenyataan berbentuk fitnah atau maklumat tidak benar itu tentang Lynas atau operasinya,” kata pengerusi eksekutifnya Nicholas Curtis.

Loji pemproses nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang menarik perhatian ramai berhubung aspek keselamatannya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas dijadualkan melawat tapak loji itu di Gebeng pada 10 dan 11 Mei serta mengadakan pendengaran awam pertamanya di situ. Satu lagi pendengaran awam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Mei.

Dalam kenyataan itu, Curtis berkata: “Operasi Lynas akan selamat dan mematuhi standard alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan undang-undang Malaysia serta diaudit Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

“Undang-undang ini mencerminkan atau melebihi standard antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata Lynas sering mengadakan perbincangan dengan masyarakat Malaysia dan akan terus berbuat demikian selagi loji itu beroperasi.

“Bagaimanapun, kami bimbang kenyataan yang berbaur fitnah akan menyemai rasa takut dan bimbang yang tidak bersebab dalam kalangan orang ramai tentang operasi kami,” katanya.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan