Maafkan Mahathir? Nantilah, kata Najib - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikrar mahu membersihkan namanya terlebih dahulu daripada beberapa kes mahkamah sebelum membuat keputusan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya terhadap musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sesi bual bicara yang dibuat secara langsung oleh Sinar hari ini, Najib berkata demikian ketika ditanya oleh moderator Haslina Ar Kamaluddin sama ada Ahli Parlimen Pekan itu akan memaafkan Mahathir atau tidak berkenaan serangan yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

“Apa pun yang pertama kali sekali ini, saya perlu bersihkan dahulu nama saya, saya mempunyai beberapa kes tertentu di mahkamah yang sedang berlangsung ketika ini.

“Lepas nama saya sudah bersih baru saya akan buat apa yang perlu saya lakukan. Apa yang Mahathir buat ini, terlalu peribadi, serangan peribadi yang sangat keterlaluan,” katanya.

Justeru tambah Najib, apa yang dilakukan olehnya hari ini, hanya memberikan fakta-fakta dalam bentuk nombor dan angka-angka ekonomi bagi membidas segala tomahan yang dilontar kepadanya selama ini.

Tambah Najib lagi, serangan peribadi keterlaluan yang dibuat oleh Mahathir dan Pakatan Harapan itu juga menjadikan dirinya mula mendapat tempat di kalangan rakyat negara ini.

“Sebab itu apa juga yang saya tunjk di facebook saya berdasarkan fakta nombor dan angka.

“Saya tahu bahawa tomahan yang keterlaluan dan terlalu peribadi ini, rakyat tidak suka, saya percaya rakyat tidak suka.

“Sebab tu saya dapat pengikut di Facebool sampai 40 juta lebih. Ini menunjukkan (fitnahdan tomahan) bukan nilai sebenar dalam politik negara ini,” tambahnya lagi.

UTAMANAJIB RAZAKMaafkan Mahathir? Nantilah, kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium