MACAM-MACAM GILA ADA: GADAI NYAWA AMBIL GAMBAR 'WIFIE' ATAS JAMBATAN PULAU PINANG - pakdin.my

GEORGE TOWN: Walaupun laporan global menyebut lebih ramai orang maut akibat mengambil ‘selfie’ berbanding diserang jerung, ternyata rakyat Malaysia masih sanggup menggadai nyawa untuk mengambil gambar.

Terbaharu, kes yang berlaku pada petang Sabtu lalu apabila seorang penunggang motosikal berdiri di tembok Jambatan Pulau Pinang untuk mengambil ‘wefie’ bersama teman-temannya.

“Salah seorang daripada mereka berdiri di atas tembok sambil memegang batang ‘selfie’ manakala yang lain berdiri di atas laluan kecemasan untuk bergambar,” kata seorang pembawa trak tunda, Tan Chin Leon yang menunggang motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang setiap hari.

“Kira-kira lapan atau sembilan kesemuanya. Mereka kemudiannya menuju ke pulau.”

Gambar ‘wefie’ itu dimuat naik di Facebook, sehingga mencetuskan kekecohan orang ramai.

“Dia mungkin boleh lemas,” kata seorang pengguna Facebook yang hanya mahu dikenali sebagai Shah Gsr sambil menambah lelaki itu boleh terjatuh dari jambatan sekiranya angin kuat.

Seorang netizen, Lan Appollo berkata, lelaki berkenaan tidak mengambil berat terhadap keselamatan dirinya sendiri.

“Ini yang anda boleh katakan sebagai kegilaan berselfie,” kata Lan Appollo.

“Seorang lagi netizen, yang mahu dikenali sebagai Bro Lain memberi pandangan bahawa banyak usaha yang perlu dilakukan sekiranya lelaki tersebut terjatuh ke laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid mengakui insiden tersebut bukan satu perbuatan jenayah tetapi ia merupakan aksi berbahaya.

Orang ramai diminta menasihatkan mereka yang cuba mengambil untuk gambar seumpama itu.

Beliau berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung insiden berkenaan.

UTAMABERITAMACAM-MACAM GILA ADA: GADAI NYAWA AMBIL GAMBAR 'WIFIE' ATAS JAMBATAN PULAU PINANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium