32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Mahadzir Lokman meninggal dunia selepas solat Subuh

Bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi selepas menunaikan solat Subuh.

Berita kematian itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman.

Allahyarham dikatakan mempunyai urusan kerja di Kota Kinabalu. Pihak keluarga masih belum dapat mengesahkan punca kematian beliau.

Pada tahun lalu Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Ketika ini keluarga personaliti itu sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Menyusuri kerjayanya, Mahadzir yang merupakan anak seorang duta pernah bersama bapanya Datuk Lokman Musa tinggal di Paris sektar tahun 1978 sehingga 1983.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Ohio ini berkebolehan menguasai enam bahasa termasuklah bahasa Perancis dan sering dijemput menjadi juru acara dalam program bertaraf antarabangsa.

Dalam bidang penyairan, Mahadzir memulakan kerjayanya di TV3 dan diberi kepercayaan menjadi penyampai berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

Beliau juga pernah menjadi pengacara hiburan Melodi.

Selepas meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran, Allahyarham membuka syarikat perhubungan awam dikenali sebagai Dale Lokman Comunications dan menjadi juruacara sambilan sehingga hayatnya.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

..