Maharaja Kinta la pulak dah - pakdin.my

maharaja-kinta-anugerah

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam penguatkuasaan membanteras penyalahgunaan pangkat kerabat di Raja yang menganugerahkan pelbagai gelaran pangkat serta kakitangan jabatan kerajaan yang terbabit rasuah sehingga dokumen pengenalan diri boleh diubah mengikut selera.

Tidak sampai sebulan isu anugerah Sultan Melaka kecoh diperkatakan kini terdedah pula individu yang mendakwa diri sebagai Maharaja Kinta yang turut menganjurkan majlis penyampaian anugerah gelaran yang boleh dipertikaikan.

Akhbar Mingguan Malaysia mendedahkan lelaki yang mengaku sebagai keturunan Panglima Kinta telah ditabalkan sebagai “Maharaja Kinta” dalam satu majlis di Selangor November lalu.

“Terdapat juga majlis penganugerahan gelaran dan pingat yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’,” lapor sumber akhbar itu.

Sebahagian daripada anggota keluarga lelaki terbabit percaya bahawa mereka adalah bersalahsilah langsung dari keturunan Panglima Kinta berdasarkan dokumen yang mereka dakwa diluluskan Arkib Negara.

Lelaki berusia sekitar 60-an itu juga didakwa telah menukar namanya dalam MyKad dengan memasukkan gelaran “Yang Mulia Datuk Seri Paduka Raja” secara haram melalui perantara di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Urusan itu difahamkan dikendalikan seorang lelaki dengan membabitkan pembayaran sejumah wang,” kata sumber itu.

Selain “Maharaja Kinta” sendiri, ahli keluarganya juga didakwa menggunakan gelaran palsu, malah  turut mengggunakan plak dan nombar plat kenderaan palsu lengkap dengan lambang kerabat pada kenderaan mereka.

Sehingga kini, beberapa gelaran Datuk telah dijual individu terbabit dan mencecah sehingga RM40,000, bersama dengan kos tambahan untuk menyelitkan maklumat terbabit dalam dokumen rasmi mereka.

“Walaupun penerima tahu bahawa ianya tidak sah namun kegilaan mereka untuk memiliki gelaran Datuk atau Datuk Seri akan menjadikan mereka bersedia membuat apa sahaja,” kata sumber itu lagi.

Sekaligus keadaan itu menerbitkan persoalan mengenai tindakan penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan lantaran secara jelas telah berlaku perlanggaran undang-undang dari segi penipuan dan rasuah.

Tentunya keadaan itu memerlukan tindakan segera kerajaan terhadap pelakunya lantaran penipuan dan rasuah itu turut membabitkan pengubahsuaian dokumen pengenalan diri dari sebuah jabatan yang merekodkan setiap butiran warga negara ini.

Alahai.

UTAMABERITAMaharaja Kinta la pulak dah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium