Mahathir akui manifesto PH mengarut, tak boleh pakai - pakdin.my

Tanpa disedari Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menasihatkan PH tidak menunaikan manifesto mereka sendiri terutama dalam isu penghapusan tol lebuh raya.

Menerusi satu wawancara eksklusif dengan akhbar mingguan The Sunday Times dari Singapura, beliau mengakui bahawa “ada ketika kita tidak mungkin mampu memenuhi segala janji yang ditawarkan dalam manifesto tersebut”.

“Parti kami malah rakan gabungan kami, anda tahu mereka amat berjiwa sosialistik, mereka suka memberi apa yang diminta rakyat. Saya beritahu mereka ada tidak boleh dilaksanakan termasuk mahu memansuhkan tol lebuh raya.

“Saya kata, beginilah, kita perlu selenggara jalan terbabit. Anda juga perlu bina banyak jalan raya. Dari mana dapat duit jika kamu cuba selenggara jalan ini? Namun mereka mahu populariti dan suka berjanji sesuatu,” kata beliau.

Mahathir yang bakal berusia 93 tahun itu merujuk manifesto blok pembangkang tersebut pada 8 Mac lalu yang antara lain menjanjikan konon penghapusan kutipan tol lebuh raya serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Pengerusi PH tidak diiktiraf pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu turut ditanya adakah berasa janggal berada dalam pakatan pelik berkenaan dan Pengerusi PPBM tersebut menjawab: Ya, ia amat janggal!

“Mereka inilah pernah gelar saya pelbagai nama buruk dan saya juga pernah kutuk mereka dengan gelaran tertentu – tetapi kini bekerja dengan saya,” dalih Mahathir sambil menambah, mereka sendiri memilihnya menjadi pemimpin.

Untuk rekod, sepanjang 22 tahun memerintah negara, pembangkang pernah melabel dirinya sebagai diktator zalim maha Firaun manakala Mahathir menyelar mereka sebagai rasis cauvinis anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ia memang pelik diterima mereka, namun anda dapat lihat saya serasi dengan mereka,” kata Mahathir merujuk pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan keluarganya pun mengambil masa lama untuk bersetuju kerja dengan beliau.

“Ia amat susah untuk dia pada mulanya menerima saya sebagai pengerusi PH, dan kemudian nama saya turut naik sebagai calon perdana menteri jika menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Ia memakan banyak masa kepada dia untuk memutuskan namun dia kemudian sedar dan ada orang memberitahu dia bahawa tiada cara lain untuk anda letak sesiapa lagi bagi memenangi sokongan pengundi majoriti Melayu.

“Walau apapun perbezaan kami pada masa lepas, kami telah belajar untuk melupakannya meskipun ada kala ia boleh turun dan naik, tetapi secara umumnya dia menerimanya,” kata Mahathir mengulas sikap terbaharu Anwar.

Bagaimanapun Mahathir mendedahkan bahawa cabaran terbesar beliau ketika ini ialah untuk menjelaskan kepada ‘akar umbi’ UMNO kenapa dirinya tiba-tiba berubah buat pusingan U dengan menyertai pakatan pembangkang.

“Mereka mungkin tidak faham. Misalnya saya pernah kutuk DAP namun kini bersama DAP. Saya boleh jelaskan tetapi pengikut tegar UMNO tidak boleh terima DAP,” kata Mahathir yang menilai peluang PH masih agak samar.

Lebih lucu, beliau menyifatkan hasrat PH untuk menang PRU hanya 50-50.

Jelas Mahathir, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal ditewaskan, Pengerusi BN itu tidak mungkin dapat dikalahkan lagi selepas ini!

“Jika Najib menang, dia akan menjadi lebih kuat. Jadi inilah sahaja peluang terakhir kami untuk mengalahkannya. Jika kami kalah pada PRU ini, maka tiada lagi masa depan kepada pembangkang,” terang Mahathir.

Mengulas kerusi manakah akan ditandinginya, Mahathir mendakwa belum terlintas dalam fikirannya.

Beliau pernah bertanding di Kubang Pasu dan dikatakan bakal menjadi calon di Putrajaya, bandar yang diwujudkanya dahulu.

“Saya tidak mungkin kalah. Saya perlu pilih kerusi terbaik untuk saya menang,” kata beliau menambah Johor akan menjadi medan pertempuran terbaik PH untuk menang namun sukar ditembusi apatah lagi menawan negeri itu.

Mahathir bagaimanapun menjelaskan bahawa jika blok tersebut kalah dalam PRU pada kali ini, mereka perlu terbuka menerimanya tetapi mengeluh: “Saya tentunya akan berasa amat sedih.”

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/mahathirs-unfinished-business

UTAMAPOLITIKMahathir akui manifesto PH mengarut, tak boleh pakai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium