Mahathir Bukan Pencipta ‘Malaysia Boleh’ - pakdin.my

malaysia_boleh

Demam Olimpik Rio 2016 melanda Malaysia. Ia terjadi bila begitu banyak kejayaan yang telah dan akan diraih.

Viral di media sosial cerita kejayaan ini hingga “keyword search” mengenai Goh Liu Ying mencecah 50,000 carian di Google dan terus menjadi “trending” semalam (18 Ogos) di Malaysia.

Pada 17 Ogos, “trending Google” adalah mengenai Lee Chong Wei dan Azizulhasni. Sebelum itu, pada 16 Ogos adalah mengenai cerita kejayaan pasukan badminton negara.

Cerita sukan menguasai topik perbualan dan minda rakyat Malaysia untuk tiga hari berturut turut. Usaha jahat yang cuba dibuat oleh puak puak Mahathir untuk kempen di twitter temui kegagalan.

Rakyat kini sudah banyak membuka mata bagaimana majunya bidang sukan di negara kita sejak Datuk Seri Najib mengambil alih berbanding Mahathir.

Poster perbandingan pencapaian pingat zaman Mahathir dan Najib juga turut “viral” dalam Whatsapp dan Telegram.

Belum pernah berlaku seperti sekarang, Malaysia meraih banyak kejayaan yang menghasilkan pingat di temasya Olimpik.

Kalau dulu semua tumpuan pingat bergantung semata-mata kepada Badminton, sekarang, dengan lumba basikal dan terjun pun sudah mampu menghasilkan pingat untuk negara.

Terkumpul sudah ada 2 perak dan 2 gangsa. Dengan 2 lagi pingat sudah dalam sasaran.

6 pingat sudah pasti dibawa pulang dari Rio. Bilangan terbanyak bagi kontingen Malaysia dalam temasya Olimpik.

Maka tidak hairanlah kenapa ada yang cuba menafikan kejayaan Datuk Seri Najib ini bila dengan mendakwa slogan ‘Malaysia Boleh’ yang menjadi motivasi kepada ahli sukan di negara ini, adalah dicipta oleh bapa Pengasas Parti Pribumi, Mahathir Mohamad.

Tanggapan ini sebenarnya salah dan silap sama sekali.

Slogan Malaysia Boleh sebenarnya berasal dari lagu ‘Fikirkan Boleh’ oleh kumpulan Metropolitan pada tahun 1991. Lagu ini kemudiannya dijadikan lagu motivasi oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia pada ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Elyas Omar untuk skuad Piala Thomas 1992.

Kejayaan Malaysia merangkul Piala Thomas 1992, seterusnya menamatkan penantian selama 25 tahun sebelum itu, telah mempopularkan lagu ini sehingga menjadi lagu wajib setiap kali pasukan badminton bertanding selepas itu.

Lama kelamaan ia menjadi popular untuk semua jenis sukan dan akhirnya menjadi slogan yang kita semua kenal hari ini sebagai Malaysia Boleh.

Jadi kalau ada yang patut dapat kredit atas ayat “Malaysia Boleh”, orang itu adalah Elyas Omar, bukan Mahathir. Tak lupa, kumpulan Metropolitan yang menyanyikan lagu itu – bukan juga Mahathir.

Zaman itu, 1992, belum ada “google trending” untuk merekodkan perkataan “Malaysia Boleh”, sebagai sesuatu yang “trending” pada malam kemenangan Malaysia menjulang Piala Thomas.

Tapi perlu diakui, ia berlaku di zamannya Mahathir menjadi Perdana Menteri, sama seperti insiden Memali 1986, kegawatan ekonomi 1997 dan beberapa musibah lain yang Mahathir malu hendak mengaku sebagai pencetusnya.

Oo, yang baik-baik semua ambil mengaku kau punya, yang buruk-buruk semua orang lain yang salah.

Buat penyokong penyokong taksub Mahathir, terimalah fakta ini dengan hati terbuka buka “hati terluka”.

UTAMAPOLITIKMahathir Bukan Pencipta 'Malaysia Boleh'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium