Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Dasar ekonomi jumud untuk menambah pendapat bagi mewujudkan projek untuk kroni dan keluarga tanpa memikirkan rantaian keuntungan dari perniagaan online.

……………..
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semalam mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan negara anggota Asean.

Dr Mahathir menyifatkan bahawa perniagaan dalam talian telah memberi kesan kepada perniagaan konvensional.

Memetik Amazon.com sebagai contoh, beliau berkata kedai buku dalam talian itu menyebabkan kedai-kedai buku konvensional telah gulung tikar.

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

“Menerusi perniagaan dalam talian, kita tidak tahu siapa yang mendapat keuntungan (kutipan cukai),” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Asean Ke-34, di sini, pada Sabtu.

Saranan itu disuarakan Perdana Menteri ketika sesi pleno Sidang Kemuncak Asean Ke-34 sebelum itu.

Dr Mahathir berkata ketika ini hanya negara asal perniagaan dalam talian itu yang mendapat keuntungan menerusi kutipan cukai tersebut.

“Kita tidak dapat apa-apa. Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa perkara supaya kita dapat sebahagian daripada cukai keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata sesi pleno itu juga membincangkan isu-isu lain berkenaan kerjasama Asean.

“Perdagangan intra-Asean adalah sangat kecil. Maka, perlu ada satu usaha khusus untuk meningkatkan perdagangan intra-Asean,” katanya.

Asean yang didiami lebih 600 juta penduduk merupakan pasaran besar untuk perdagangan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak Asean ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Dalam Pleno itu, para pemimpin negara anggota Asean membincangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu “Memperkukuhkan Kerjasama bagi Kelestarian”, termasuk kaedah untuk membina Komuniti Asean yang kukuh, berpaksikan rakyat, memastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang. — Bernama

BACA juga:

Leave a Reply