MAHATHIR DAN DAP, SEBENARNYA BIMBANG SELEPAS BERSIH 5 - pakdin.my

MalaysiaKini yang 29% dimiliki oleh Soros hari ini menganggarkan; terdapat 40,000 orang yang menyertai himpunan BERSIH 5. Ini bukannya luar jangkaan kerana penjual T-shirt telah melaporkan jualan merosot untuk acara tahun ini.

Anngaran Penurunan 92% berbanding dengan anggaran 500,000 yang menyertai BERSIH 4 tahun lalu mengikut perkiraan sekreteriat BERSIH.

Atau boleh jadi penurunan 60% berbanding dengan 100,000 seperti yang dianggarkan oleh MalaysiaKini sendiri pada himpunan tahun lepas tahun lepas.

Walaupun Mahathir memakai T-shirt kuning dan membuat iklan video dan menyewa jet peribadi untuk balik untuk hadir ke perhimpunan, komposisi etnik berlaku sedikit perbezaan namun majoriti yang menyertai perhimpunan masih lagi kaum Cina.

Walaupun Mahathir, Muhyiddin dan Pribumi berusaha keras memperomosi BERSIH, kehadiran tidak bertambah baik dan mengalami kemerosotan teruk dari segi penyertaan.

Malah, angka itu juga menurun berbanding BERSIH 3.0 tahun 2012 dan mungkin lebih sama atau kurang daripada BERSIH 2.0 pada tahun 2011.

BERSIH dan George Soros semestinya benar-benar bimbang dan tertanya-tanya dimana kesilapannya walaupun ‘roadshow’ selama sebulan untuk mempromosikan perhimpunan ini dan pengiklanan besar-besaran di media sosial.

Penurunan peratusan yang hadir adalah juga selaras dengan kajian media sosial baru-baru ini yang menunjukkan minat terhadap DAP telah menurun 80% tahun ini.

Kesan yang lebih ketara juga berlaku dalam kekalahan yang menghancurkan DAP dan Pakatan dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil tahun ini.

Saya rasa orang-orang ini kebanyakannya hanya mampu menipu rakyat kerana ramai orang dilihat tidak berprinsip, menyaksikan kemunafikan yang melampau, mempercayai fitnah dan propaganda serta memahami sebenarnya Pakatan dan Pakatun tidak efektif.

20161119-bersih-mahathir-dap


Rujukan:
2015: http://www.malaysiakini.com/news/310565
2016: http://www.malaysiakini.com/news/363399

UTAMAPOLITIKMAHATHIR DAN DAP, SEBENARNYA BIMBANG SELEPAS BERSIH 5

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium