24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Mahathir Dan PROTON – Selamatkan Proton Atau Vendor Kroni

1. Mahathir blog post bertajuk “PROTON” menunjukkan memang ada kebenaran untuk mengatakan gila yang didefinisikan sebagai mengulangi perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.

2. Walaupun 32 tahun mencuba dan gagal semasa dia di pucuk pimpinan, Mahathir masih mahu Proton mengekalkan status quo dan tidak bersedia untuk memberikan peluang untuk terus hidup, membebaskan diri daripada kekangan kecil pasaran kereta domestik dan melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan rakan kongsi usaha sama.

3. Beliau telah sekali lagi menyerang pelan PROTON untuk membawa masuk rakan kongsi usaha sama. Khususnya, beliau berkata ini akan menyebabkan vendor dan pembekal komponen akan menutup kedai yang mengakibatkan “banyak pekerja kehilangan pekerjaan.”

4. Nampaknya pembekal dan vendor PROTON terus menjadi kebimbangan utama Mahathir. Dalam posting blog sebelumnya pada bulan Oktober, Mahathir telah mengadu bahawa rakan-rakan ahli perniagaan beliau tidak diberi kontrak pembekalan oleh PROTON.

5. Adakah Mahathir terus menegaskan bahawa kebajikan rakan-rakan pembekalnya yang telah menjadi kaya sejak beberapa dekad dari PROTON adalah lebih penting daripada survival PROTON.

6. Mahathir menegaskan mahu Malaysia mengenakan semula lebih perlindungan untuk Proton. Nampaknya lebih daripada tiga dekad memaksa rakyat Malaysia untuk membeli kereta lebih mahal pada spesifikasi yang rendah dengan beban ikatan pinjaman dari jutaan rakyat Malaysia tidak mencukupi.

7. Mengapa perlu pembekal dari kalangan rakan-rakan Mahathir diselamatkan dengan terus membebankan jutaan rakyat Malaysia?

8. Oleh kerana dendam peribadinya yang memakan diri, Mahathir kini secara tidak adil menyalahkan Perdana Menteri Najib Razak bagi masalah yang dialami Proton.

9. Mahathir perlu diingatkan bahawa kerajaan bukan lagi pemilik Proton. Ia dimiliki oleh DRB Hicom milik oleh rakan beliau Tan Sri Syed Mokhtar yang membeli kepentingan dari Khazanah pada tahun 2012 pada harga RM1.2 bilion.

10. Menurut majalah Malaysia Business milik pemimpin Pribumi A Kadir Jasin, Mokhzani Mahathir senarai ke-9 terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan kekayaan peribadi sebanyak RM4.2 bilion.

11. jika Mahathir benar-benar percaya dia boleh menyelamatkan Proton, beliau hanya perlu meminta DRB Hicom untuk menjual Proton kepada anak-nya. Walaupun selepas membayar RM1.2 bilion harga pembelian asal, Mokhzani masih mempunyai RM3 bilion untuk disuntik ke dalam Proton bagi mengembangkan perniagaan.

Ini akan membolehkan Mokhzani untuk mengedarkan kereta Proton bersama perniagaan pengedaran kereta Porsche beliau sekarang.

12. Bertentangan dengan dakwaan berulang-ulang yang mengelirukan dari Mahathir, Malaysia TIDAK PERNAH dikenali sebagai ASIAN TIGER semasa 22 tahun pemerintahannya.

Asian Tiges ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang konsisten lebih tinggi daripada Malaysia ketika 22 tahun Mahathir berkuasa.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Four_Asian_Tigers

13. Pada masa itu bagaimanapun, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Asia Tiger Cub, BUKAN Asian Tiger, bersama-sama dengan Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam

14.Semenjak Najib telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi sepanjang tahun 2011-2016 berbanding empat negara Asian Tiger. Bagi tahun 2017, Malaysia sekali lagi dijangka mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

15. 6 tahun berkembang mengatasi 4 Asian Tigers adalah satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh Mahathir di sepanjang 22 tahun pentadbiran beliau.

20170221-mahathir-vendor-kroni-proton

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1939852516233533&id=100006264096443

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan