MAHATHIR DAN RAFIZI TAKUT NAJIB MENJADI BERTAMBAH POPULAR - pakdin.my

Orang kata kemarau sepanjang tahun boleh dihapuskan dengan hujan sehari.

Agaknya begitulah yang terjadi kepada kedua individu yang mewakili “mode” kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penat lelah sepanjang hayat mencari isu dan modal untuk membuat rakyat Malaysia benci kepada pemerintah , namun sebaliknya pula yang terjadi, rakyat mula melihat hasil kerja DS Najib dan mula menilai secara positif.

DS Najib menjawab kritikan dan fitnah dari kedua individu yang mewakili pembangkang ini dengan terus “perform” sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.

Setelah pelbagai cara mengguna pelbagai kaedah seperti memfitnah dan mengutarakan isu yang bukan ‘isu” untuk memburukkan DS Najib, tetapi bukan semakin di benci malah semakin popular pula.

Terbaru, hasil kerja dan usaha kerajaan nya dalam Tranfsormasi pengangkutan , terhasil pula MRT untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Penggunaan MRT fasa pertama ini hanya menggunakan masa 30 minit sahaja untuk sampai ke destinasi , menjadi salah satu dari banyak benda lain yang diusahakan oleh kerajaan DS Najib.

Rakyat pelbagai golongan mengambil peluang mencuba dan merasai projek untuk rakyat dengan penuh teruja.

Selain itu, kerajaan pimpinan DS Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksi kan rakyat seperti merasmikan PAN Boneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah pula.

Kemudian jambatan Batang Sadong pula dirasmikan untuk penggunaan rakyat.

Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan DSNR dapat dilihat keberhasilan nya dalam masa 6 tahun.

Atas sebab ini , usaha kedua individu seperti Tun Mahathir dan Rafizi Ramli yang politik mereka berpaksi kisah buruk dan fitnah merasai kegagalan usaha mereka seperti api disiram air.

Mana mungkin siang malam memburukkan kerajaan tetapi hasil nya dapat di lihat oleh rakyat dengan mata mereka sendiri, ini berbanding dengan kisah buruk dan negatif yang cuba di hidang kan oleh Tun Mahathir dan Rafizi Ramli sebagai teori dan andaian sahaja.

Mungkin ini cara Najib Razak menempelak Tun Mahathir , Rafizi dan pembangkang , ia itu menjawab cercaan dengan bukti hasil kerjanya.

Semakin hampir PRU , pada perkiraan pihak pembangkang rakyat sudah tentu semakin benci tetapi nampak nya mereka semua harus kembali ke “drawing board” semula untuk melakar strategi baru bagi membuat rakyat membenci Najib dan BN.

Rafizi pergi lebih jauh dalam usahanya mahu mengalih perhatian rakyat supaya terus membenci Najib dengan konon kononnya ada kes baru, iaitu pembaziran dalam projek popular MRT dari segi kosnya.

Malah, Rafizi turut mencabar DS Najib supaya menyamannya jika dia memfitnah.

Tentu sekali Rafizi mahu bersungguh sungguh mematikan kejayaan MRT untuk rakyat dengan membangkitkan isu.

Pada Tun Mahathir pula, beliau cuba mengulas pelbagai sudut dari harga gerabak sehinggalah hal hutang dan cara perjanjian dengan syarikat berkaitan kerja rel dan lain lainnya.

Pada hemat kami melalui pemantauan, blog Chedet semakin di pinggirkan dan mula merosot banyak dari segi jumlah pelawat dan “readership” nya. Hanya 2 minit sahaja purata pembaca melihat blog Che Det.

Ini bukti rakyat sudah makin muak dengan cerita cerita recycle Mahathir. Malah di google trending, populariti Najib lebih baik dari Mahathir sejak bulan Julai yang lepas.

Tentu ini mengambarkan betapa rakyat sudah lali dengan Tun Mahathir yang cakap tidak serupa bikin ketika dia menjadi Perdana Menteri.

Barangkali juga kerana rakyat sudah tahu kisah Tun Mahathir yang lampau yang kian banyak disebarkan, di mana Tun M sendiri lebih teruk dan dashyat dalam menggendalikan ekonomi dan wang.

Malah kebanyakan skandalnya tidak pernah disiasat dan ada badan yang pernah dapat menyiasat.

Kali terakhir disiasat isu wang besar Bank Bumiputera pun seorang auditor telah mati di bunuh di ladang getah, seolah olah macam sengaja menghantar seorang sahaja untuk menyiasat kes besar.

Maka , mungkin akan kesedaran rakyat sudah mula membuka minda dan melihat sendiri kerja dan usaha bersungguh DS Najib, maka apa yang kedua individu mewakili pembangkang ini cuba lakukan sudah tidak lagi mendapat sambutan.

Jenama “MAHATHIR” sudah ranap dan musnah kerana kisah kroni dan penyelewengan di zaman nya menjadi Perdana Menteri banyak terdedah, dan jenama “RAFIZI” yang penuh dengan tewas dalam kes fitnah di mahkamah sudah tidak lagi ada kredibiliti untuk di pandang serious apa sahaja yang cuba di bangkitkan.

Atas sebab ini semua maka ketakutan melanda Tun Mahathir dan Rafizi serta pihak pembangkang yang lain.

Apa yang mereka mahukan lain pula yang terjadi, sepatutnya Najib semakin dibenci, tetapi sebaliknya Najib mula dinilai oleh rakyat dengan bijaksana.

Mahathir dan Rafizi takut Najib terus jauh lebih popular selepas kejayaan lawatan ke China, PAU2016, pembinaan MRT dan jambatan Batang Sadong. Mereka kena terus hasut rakyat agar benci Najib dengan serangan serangan yang sengaja direka dan tanpa bukti yang kukuh.

20161221-mahathir-mimpi-anwar

UTAMAPOLITIKMAHATHIR DAN RAFIZI TAKUT NAJIB MENJADI BERTAMBAH POPULAR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium