24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

MAHATHIR DEDAHKAN BELIAU ADA KRONI, PROKSI DAN PENAMA DALAM PERNIAGAAN

Ini mesti menjadi tajuk paling merengek di blog Mahathir. Mahathir sudah seperti bayi tak dapat susu.

Bagaimanapun, dalam artikel ini Mahathir mengakui bahawa terdapat ahli perniagaan dikaitkan dengan beliau dan mendakwa Kerajaan yang sedang bertindak tegas terhadap ‘ahli perniagaan’ tersebut.

Adakah ini bermakna bahawa akhirnya Mahathir mengakui bahawa dia mempunyai kroni, proksi dan penama dalam perniagaan?

Mengesahkan apa yang sering diperkatakan semasa dan selepas beliau mendai Perdana Menteri.

Mengenai kononnya tindakan kerajaan hendak menghancurkan Proton itu adalah hayalan dan propaganda Mahathir. Mungkin juga modus operandi beliau adalah membodohkan pengikut beliau didalami parti cap bunga yang sudah memang bodoh.

Pada 8 April 2016, Kerajaan memberikan pinjaman mudah menggunakan duit rakyat sebanyak RM 1.5 bilion sekali lagi.. BILION kepada Proton. Mahathir tidak berpuas hati kerana beliau mahu kerajaan ‘memberi’ duit rakyat RM3 billion kepada proton dalam bentuk ‘grant’.

Sila baca dan dengar ucapan Najib ketika melancarkan Proton Perdana Generasi Ke 4 pada 14 Jun 2016

Proton bakal pulih selepas berakhirnya campur tangan Mahathir – PM

PUTRAJAYA 14 Jun: Zaman keemasan Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka pulih selepas berakhirnya campur tangan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, terlalu banyak campur tangan politik berlaku dalam pengurusan strategi Proton termasuk yang membabitkan pekerja dan model perniagaannya ketika bekas perdana menteri itu menjadi pengerusi Proton.

“Kini, saya dengan sukacitanya ingin menyatakan bahawa terdapat perubahan besar di peringkat atasan Proton. Era campur tangan politik Tun Mahathir sudah pun berakhir.

“Kita dapat lihat akibatnya awal tahun ini. Sebuah syarikat pengeluar, yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, telah menghadapi keadaan yang amat menyulitkan,” katanya pada majlis pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini, hari ini.

Berkuat kuasa 30 Mac lepas, Dr Mahathir berundur sebagai pengerusi Proton, jawatan yang beliau sandang sejak 2014.

Najib berkata, kerajaan sekali lagi terpaksa campur tangan untuk melindungi pekerjaan dan keluarga rakyat Malaysia yang bergantung kepada Proton, selain menjaga pendapatan dan mata pencarian rakan kongsi perniagaan syarikat itu.

“Kerajaan terpaksa campur tangan kerana kesejahteran rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan pembekal Malaysia. Kami akan selalu berjuang untuk memastikan tiada siapa yang tercicir,” kata beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, sekarang adalah masanya untuk mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku, serta melaksanakan langkah dan pembaharuan serius supaya Proton kembali berada di landasan betul untuk merealisasikan potensi sebenarnya sekali lagi.

“Saya dimaklumkan bahawa menjelang pelancarannya, sebanyak 900 unit Perdana telah ditempah – ini menunjukkan bahawa orang ramai yakin dengan model baharu ini dan berhasrat melihat Proton berjaya.

“Pengurusan baharu Proton juga memberitahu saya bahawa mereka yakin pelanggan bukan sahaja akan menyukai penampilan menawan Perdana, malah akan tertarik dengan pemanduannya.

“Saya pun tidak sabar untuk cuba memandunya sendiri!” kata Najib sambil disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Beliau seterusnya berkata: “Biarlah kereta baharu ini dan pengurusan baharu Proton dihakimi melalui merit mereka.

“Saya tahu, kita semua ingin melihat mereka berjaya meningkatkan jualan, menerajui inovasi dan memastikan syarikat ini mempunyai masa depan yang cerah dari segi produk dan kesejahteraan warganya yang begitu gigih bekerja,” kata perdana menteri.

chedet.cc

20161013-mahathir-proton

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan