25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Mahathir: Di Antara Sewel Dan Gila Babi

(Harian Metro) – “Saya tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka PH pun jatuh tak jadi kerajaan lagi,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak menjadi kerajaan.

“Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difahami… diulang perkara ini berkali-kali macam tak boleh dengar ke tak tahu lah.

“Tetapi sebenarnya tak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan.

“Ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar dari PH, PH tak jadi kerajaan lagi dan semua ahli PH tentulah tergugur kerana tindakan itu,” katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik).

Sebelum itu, Hasbullah berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh mereka menjatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri ketika itu (dari kerajaan PH) yang meletak jawatan.

Sumber: Malaysia-Today

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan