26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Mahathir Dicabar Kemukakan Bukti Siapa Yang Tuntut 30 Peratus Komisen – Pengarah Strategik PAP

KENYATAAN MEDIA

Rakyat mahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan bukti kukuh berkenaan dakwaan beliau bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu ada meminta 30 peratus saham dari syarikat dari negara China seperti yang termaktub dalam ucapan beliau ketika lawatan di China.

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media berkata tuduhan itu adalah satu tuduhan yang berat melibatkan hubungan dua hala kerajaan dengan kerajaan dan ia memerlukan bukti untuk menunjukkan kebenaran.

Beliau berkata ucapan Dr Mahathir di negara komunis itu dilihat umpama ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China sambil menuduh BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.


“Tunjuk bukti dakwaan berkenaan kepada rakyat dan kepada negara China jika benar ada parti BN membuat perkara sebegitu rupa dengan negara China.

“Jangan main tuduh sahaja, sebagai seorang Perdana Menteri yang berkelulusan doktor perubatan, sesuatu penyakit atau masalah boleh diselesaikan dengan bukti hasil pemeriksaan dan siasatan yang terperinci.

“Belum ada bukti tapi sudah buat tuduhan yang berat, ini akan memburukkan hubungan antara Malaysia dan negara China yang sebelum ini amat erat dan kukuh,” kata Ramesh.

Dr Mahathir membuat dakwaan itu ketika berucap di Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing dengan dakwaan kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur atau syarikat dari China.


“Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya berlaku kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur,” demikian ucapan Dr Mahathir di China.

Ramesh menyifatkan Perdana Menteri mentadbir negara dengan gemar membuat tuduhan ke atas kerajaan BN tanpa sebarang bukti.

“Kita bimbang jika Perdana Menteri terus membuat dakwaan sebegini, jika ada peralihan kuasa kepada Perdana Menteri baru, beliau pula akan dipersalahkan dek kerana tuduhan yang dibuat oleh Dr Mahathir kelak yang dibuat tanpa sebarang bukti,” kata Ramesh.

Beliau berkata semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau dituduh menjual kedaulatan negara ke China ketika berjaya menarik pelaburan besar negara itu ke Malaysia tapi kini Dr Mahathir sendiri yang pergi ke China merayu kerajaan China untuk melabur ke dalam negara kononnya untuk membantu ekonomi Malaysia.


“Kenyataan Perdana Menteri ini kalau dinilai ia lebih memperlihatkan keinginan Dr Mahathir untuk membalas dendam ke atas Datuk Seri Najib,” kata Ramesh

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP)
21 Ogos 2018


Si tua nyanyuk Mahathir dakwa BN minta 30% saham dari syarikat China
https://pakdin.my/si-tua-nyanyuk-mahathir-dakwa-bn-minta-30-saham-dari-syarikat-china/

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan