24.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Mahathir hanya serah 45 tandatangan kepada Agong, kata Raja Petra

Mahathir Mohamad hanya membawa Deklarasi Rakyat asal mengandungi 45 tandatangan ke Istana Anak Bukit, Khamis lalu, kata Raja Petra Kamarudin.

Blogger itu menerusi artikelnya di Malaysia Today mempersoalkan apa yang berlaku kepada lebih sejuta tandatangan diuar-uarkan diperolehi daripada rakyat.

Bekas perdana menteri itu gagal menemui Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mengemukakan deklarasi itu yang mahu campur tangan Agong untuk menyingkirkan perdana menteri.

“Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap baginda. Dan Mahathir bawa satu salinan asal Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan dalam satu sampul kecil untuk diserahkan kepada Agong,” tulisnya semalam dalam artikel bertajuk ‘Bagaimana Agong Mengakali Mahathir’.

“Tetapi, kenapa Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal, ada di antaranya seperti Datuk Tamrin Ghafar yang sejak itu mengumumkan mereka tarik diri? Apa berlaku kepada baki 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan? Kenapa ia tidak diserahkan kepada Agong?” soalnya.

Raja Petra berkata, Dr Mahathir hanya menyerahkan “satu sampul kecil tidak mengandungi 1.4 juta tandatangan seperti didakwa” yang mungkin menjadikannya satu dokumen “setebal sebuah dan mungkin beberapa jilid ensiklopedia”.

Jumaat lalu, Raja Petra menyifatkan pertemuan dengan Agong yang dinanti-nantikan itu sebagai “satu bencana” buat Dr Mahathir, apabila Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mempersoalkan kesahihan 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan diperolehi daripada orang ramai seperti diumumkannya.


Beliau memulakan Deklarasi Rakyat pada Mac lalu dan ia ditandatangani secara terbuka oleh 45 individu terdiri daripada beberapa penyokong Dr Mahathir yang kebanyakannya ahli politik pembangkang dan beberapa aktivis sosial.

Sebuah kempen dilancarkan untuk mendapatkan tandatangan orang ramai yang kemudiannya mencetuskan kontroversi di mana kempen itu didakwa membeli sebuah pangkalan data nama dan butiran peribadi daripada seorang pengaturcara komputer, menyebabkan kesahihan senarai itu diragui.

Raja Petra berkata, penyerahan kononnya deklarasi itu kepada Agong hanyalah publisiti untuk Dr Mahathir dan kekurangan gambar publisiti adalah tanda kegagalan bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, tujuan pertemuan itu dibenarkan adalah untuk menyangkal dakwaan Dr Mahathir pada Mei lalu yang Agong “diletakkan di bawah tahanan rumah” oleh kerajaan persekutuan.

Raja Petra memetik Dr Mahathir sebagai berkata: “Kami sudah dapat 1.4 juta tandatangan dan kami cuba tunjukkan kepada Agong. Tetapi, setakat ini, saya tidak dapat bertemu Agong kerana kemungkinan baginda diletakkan di bawah tahanan rumah. Raja-raja Melayu mungkin dihadkan di istana mereka.”

Beliau berkata, dalam pertemuan Khamis lalu, “Mahathir sedar ia bukan misi berjaya, tetapi misi gagal”.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

  1. Masalah negara kenapa perjumpaan tidak dibuat di Istana Negara? Rasanya adalah lebih baik tunggu perlantikkan YDPA baru hujung tahun ini sahaja untuk menghantar deklarasi itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...