27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Mahathir jadikan perenang Israel isu menutup kelemahan pemerintahan rejim Pakatan Harapan DAP

Ketika kerajaan dibelengu pelbagai masalah ekonomi dalam negara maka sekali lagi Israel dijadikan modal mengalih tumpuan.

Keputusan Tun Dr Mahathir tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan sangat menghairankan.

Sangat menghairankan kerana pada 1997 sosok yang sama menangkap ratusan rakyat Malaysia kerana berdemontrasi menentang kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini untuk kejohanan trofi ICC.

Kata Mahathir ketika itu lebih kurang, “kita benarkan pasukan kriket Israel ini datang supaya mereka dapat belajar mengenai keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.”

Maka menghalang penyertaan pasukan renang Israel menyertai kejohanan renang di negara ini bukanlah kerana isu Palestin sangat; tetapi lebih kepada mewujudkan kontroversi dan mengalih perhatian rakyat dari masalah kerajaan hari ini.

Sedikit masa lagi akan berkumandanglah kontroversi ini lalu Mahathir akan diangkat sebagai wira orang Islam oleh media dalam negara dan luar negara.

Media-media milik Yahudi yang beliau gunakan untuk menjatuhkan BN akan turut memainkan peranan mengecam beliau. Ini “reverse psychology” bagi meningkatkan nama Mahathir di kalangan orang Islam.

Bila terdesak sukan orang kurang upaya pun jadi bahan politik.

Oleh: Ab Jalil Backer

* nota kaki:
Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Minghat Mahmut dan Jalaluddin Abdul Manan di penjara setahun oleh Mahathir kerana terlibat dalam demonstrasi di Universiti Malaya membantah kehadiran pasukan kriket dari Israel.

Israeli cricketers ignore Malaysian riots
https://www.upi.com/Archives/1997/04/04/Israeli-cricketers-ignore-Malaysian-riots/2127860130000/






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan