MAHATHIR JAGUH 'U-TURN' - pakdin.my

20170116-mahathir-jaguh-uturn

Seorang bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan itu selama 22 tahun akhirnya digelar seorang ‘Jagu U-Turn” dek kerana prinsipnya yang hampir kesemua diperjuangkan ketika berkuasa kini berubah demi kuasa politik dan perasaan benci.

Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika berkuasa berkata sesuatu untuk memastikan dirinya terus berkuasa tetapi kini mengubah prinsip demi mendapatkan talian hayat membantunya untuk menjatuhkan orang lain yang sedang berkuasa.

Bekas Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu cukup dibenci oleh Dr Mahathir sehingga disumbatkan dalam penjara kerana kesalahan salah guna kuasa dan meliwat ketika zaman pentadbirannya.

Kemudian, Dr Mahathir menggelarkan Anwar sebagai seorang pesalah moral yang tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini.

Kini, pusing balik dan dia berkata Anwar kini sudah layak jadi Perdana Menteri dan turut sama memperjuangkan supaya Anwar yang dipenjara sekali lagi kerana meliwat dibebaskan pula untuk menyokongnya.

Dulu, jadi Presiden UMNO, Dr Mahathir kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang rasis dan hanya mahu merosakkan orang Melayu dan negara melalui parti itu.

Dr Mahathir menanam doktrin di dalam minda rakyat yang sokong Barisan Nasional (BN) pada masa itu supaya menjauhkan diri dari DAP dengan pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa parti itu hanya membawa perpecahan.

Kini, sebab hendakkan sokongan dari Kit Siang dia pun u-turn kata DAP adalah parti yang baik serta bakal memelihara kepentingan bangsa Melayu dan negara. Padahal, rakyat boleh lihat bahawa DAP tidak berubah secara jelas pun, tetap perangai sebegitu rupa.

Pada tahun 1997 ketika zaman kegawatan ekonomi, dengan lantang Dr Mahathir menyelar pedagang mata wang George Soros dengan tuduhan beliau memperdagangkan mata wang Ringgit sehingga ia menjadi lemah dan merudum.

Tapi, pada tahun lepas barulah terdedah bahawa Dr Mahathir dan Soros adalah sahabat baik dan Dr Mahathir juga ada menerima dana dari penyangak itu untuk menggerakan misi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Himpunan demonstrasi jalanan dulu amat ditakuti oleh Dr Mahathir. Pada zaman rusuhan Reformasi oleh Anwar dulu, Dr Mahathir mengerahkan pihak berkuasa menyuraikan peserta himpunan secara ganas, ditangkap serta dtembak gas pemedih mata.

Jentera penyembur menyuraikan rusuhan juga digunakan pada masa itu. Segala-galanya, berubah apabila Dr Mahathir tiba-tiba pada himpunan Bersih 4 menyokong perhimpunan haram sebegitu dengan hadir di tengah-tengah perhimpunan haram itu di Dataran Merdeka.

Kemudian, pada Bersih 5, dia turun sekali lagi dan berucap di sekitar KLCC menghasut rakyat untuk menggulingkan Najib.

Dalam majlis perasmian PPBM Sabtu lepas pula, Dr Mahathir yang dulu kata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu rasuah kini bertukar prinsip dan bersetuju mengekalkan BR1M namun dengan syarat-syarat tertentu.

Kenapa tidak dalam ucapan itu, Dr Mahathir umumkan sahaja jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, BR1M akan dihapuskan serta-merta.

Beliau juga takut orang ramai akan marah kepadanya kerana memansuhkan bantuan berkenaan.

Boleh dikatakan hampir semua perkara sudah diputarbelit oleh Dr Mahathir demi untuk kembali berkuasa dan boleh memberikan “bantuan” kepada para kroninya jika PPBM menang dan menerajui pentadbiran negara ini.

Gelaran ‘Jaguh U-Turn’ hanya akan membuatkan rasa kagum ramai orang terhadapnya kembali pudar dan musnah serta jasa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri perlahan-lahan luntur selari dengan peredaran masa.

Terbaru, Mahathir “U Turn” dalam isu BR1M. Mula kata rasuah kemudian cakap ianya halal pula ketika perasmian PPBM pada 14 Januari di Shah Alam.

Mahathir sekarang jaguh U Turn.

Tun Mahathir Jaguh ‘U-Turn’

[contentcards url=”https://pakdin.my/br1m-mungkin-diteruskan-parti-campuran-mahathir-dah-nyanyuk-sebelum-ini-kata-rasuah/” target=”_blank”]

UTAMAPOLITIKMAHATHIR JAGUH 'U-TURN'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium