Mahathir Kelentong - pakdin.my

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong kononnya pengundi disogok pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim baru-baru ini.

Mahatdir pada sidang medianya semalam berkata, pengundi PRK Slim telah disogok dengan duit semasa naik bas dan van ke pusat mengundi.

“Sebab itu Mahatdir terkejut calon Pejuang kalah teruk, dia ramal calonnya akan dapat 4000 undi,

“Tapi cuma dapat 2115 undi sahaja,” tulis Puad dalam facebooknya.

Mahathir juga mendakwa pengundi akan dapat bayaran pertama sebanyak RM100 dan setelah tunjuk gambar dia undi Barisan Nasional (BN) baru dapat baki RM250.

Puad juga menjelaskan jika perkara itu berlaku, sudah tentu gambar itu diambil dengan menggunakan handphone.

Bolehkah handphone digunakan untuk mengambil gambar semasa mengundi? Seorang dua mungkin terlepas, tapi mustahil 1000 orang boleh terlepas.

“Belum lagi 13,060 orang mengundi calon BN. Takkan petugas SPR tak nampak.

“Apalah Mahathir ini, makin lama makin ke laut kelentongnya,” ujar Puad.

Terdahulu, pada PRK Slim yang berlangsung baru-baru ini, calon BN Mohd Zaidi Aziz Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.

Mohd Zaidi yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu memperoleh majoriti 10,945 undi.

Sumber:
Facebook Datuk Dr Puad Zarkashi

UTAMABERITAMahathir Kelentong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium