26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Mahathir lantik anak jadi Lembaga Pengarah LADA

Telah viral surat perlantikan Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada anak kepada Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir di media sosial.

Surat perlantikan yang bertarikh 20 September 2018 itu telah ditandatangani sendiri oleh Tun Mahathir.

Mahathir juga percaya bahawa anaknya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Pulau Langkawi.

Menurut sumber Mukhriz dikatakan amat terharu dan menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk melantik beliau sekaligus menyandang dua jawatan penting di negeri Kedah.

Setelah tularnya surat ini di media sosial dan group whatsapp ia mengundang tanggapan negatif terhadap perlantikan ini dikala rakyat disuruh untuk bekorban dan membantu bayar hutang negara.

Rakyat diminta berlaku adil kerana perlantikan Mukhriz ini adalah hanya kebetulan kerana beliau adalah Menteri Besar Kedah dan bapanya adalah Perdana Menteri.

……..
https://pakdin.my/tag/mukhriz

Berita Berkaitan

Komen

  1. Bagi mereka yang kata tak ada isu harap guna akal untuk berfikir secara profesional. Ini isu governance. Walaupun secara kebiasaan atau protokol MB Kedah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah LADA, surat pelantikan tidak seharusnya ditandatangani oleh bapanya sendiri. PM mestilah ‘abstain’. Kalau dia tidak abstain maka besar kemungkinan perkara lain seperti lantikan kontraktor pun dia tidak akan abstain. Hence the problem of governance.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.