25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Mahathir Mahu Mukhriz Menjadi Perdana Menteri

karma mahathir
SUNGGUHKAH serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak hanya untuk menjayakan tujuan peri­badinya?

Iaitu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri?

Hal ini diperkatakan apabila Dr. Mahathir tidak menamakan siapa yang layak menyandang jawatan nombor satu itu andai apa yang direncanakannya untuk menyingkirkan Najib tercapai.

Dalam sidang akhbar selepas selesai Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lalu, Dr. Mahathir mengatakan:

“Selepas itu (singkirkan Najib), kita akan memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri.

Ia bukan untuk kita menamakan Perdana Menteri daripada sini atau di sana,” katanya.

Sambung Dr. Mahathir, tidak semestinya juga Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri sekiranya Najib digulingkan.

Persoalan akan ‘niat asal’ dan ‘gimik’ politik mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dibangkitkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin.

“Strategi Dr. Mahathir itu berjaya memanipulasi dan memperbodohkan ahli serta pemimpin pembangkang untuk mengikutnya,” kata Ismail Sabri.

Blogger, Raja Petra Kamarudin pula dalam komen terbaharunya semalam menyebut:

“Dr. Mahathir tidak mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ahmad Zahid sebagai pengganti Najib. Jadi, siapa yang beliau mahu sebagai pengganti Najib? Kita tidak akan bercakap mengenainya sekarang. Kita akan bincang mengenainya kemudian selepas Najib digulingkan.

“Mengapa? Hakikat bahawa beliau tidak akan mengatakannya adalah sama seperti pe­ngakuan bahawa beliau mahu Mukhriz.”

Dalam tulisan Raja Petra pada 11 Mac lalu juga membangkitkan hal sama.

Kata blogger itu, bukan pembatalan jambatan bengkok dan laluan kereta api berkembar yang mengundang kemarahan Dr. Mahathir terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

“Punca utama Mahathir terlalu berang dengan Tun Abdullah akhirnya terjawab iaitu Tun Abdullah telah memungkiri janji berkenaan anaknya, Mukhriz yang pada permulaan telah mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

“Mahathir telah meminta Tun Abdullah menaikkan kedudukan Mukhriz dalam UMNO dan dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, Mukhriz akan mendapat persediaan yang cukup untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Abdullah,” kata Raja Petra.

Tetapi itu tidak akan berlaku.

Raja Petra mengandaikan de­ngan tindak tanduk Muhyiddin dan Mukhriz mengingkari peringatan jangan menghadiri majlis anjuran pembangkang termasuk Kongres Rakyat itu, maka kebarangkalian mereka dipecat oleh MT kelak adalah tinggi.

“Dan tidak perlu sampai ke Lembaga Disiplin UMNO. MT boleh memecat mereka. Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, beliau perlu menjadi Perdana Menteri pakatan harapan. Untuk itu berlaku, pakatan harapan perlu memenangi pilihan raya umum terlebih dahulu,” katanya.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan