Mahathir menghasut dengan membayangkan dia akan ditangkap dibawah Akta MKN - pakdin.my

Lagi pembohongan dari Mahathir – Konon akan ditangkap dibawah Akta MKN.

1) Rang undang-undang MKN masih belum diwartakan lagi. Selepas akta tersebut diwartakan, maka majlis MKN masih perlu mengisytiharkan darurat bagi sesuatu kawasan tertentu sebelum boleh membuat tangkapan menggunakan akta berkenaan. Ianya lebih kepada menghalang pencerobohan seperti yang berlaku di Lahad Datu.

Sebelum ini seluruh negara sudah di bawah Ordinan Darurat selama 22 tahun dibawah Mahathir yang boleh menangkap dan memenjarakan siapa sahaja atas arahan Menteri Dalam Negeri bila-bila masa dan dimana-mana. Ordinan Darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

2) Rakan Mahathir, Matthias Chang dan Khairuddin juga ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA. Ketika itu bil MKN belum dibentangkan lagi.

3) Jika Kerajaan sekarang zalim, mereka boleh meluluskan undang-undang ISA seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini. Tetapi NAJIB tidak pernah menggunakan kesempatan ini.

4) Jika terdapat apa-apa kesalahan, ia akan merupakan kesalahan jenayah memfitnah dan menghasut – sesuatu yang terlalu banyak dilakukan oleh Mahathir tanpa sebarang tindakan setakat ini.

Hentikan dari kerap melakukan pembohongan dan fitnah.

UTAMAPOLITIKMahathir menghasut dengan membayangkan dia akan ditangkap dibawah Akta MKN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium