Mahathir orang tua mengarut - pakdin.my

Mahathir Mohamad tidak layak bercakap mengenai demokrasi kerana beliau bertanggungjawab memusnahkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman ketika pemerintahannya, kata menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan, hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi sasaran kritikan Mahathir, menyatakan Najib “mengembalikan” apa yang “dimusnahkan” Mahathir ketika mentadbir negara.

Rahman berkata lebih ironi apabila sekutu baharu Mahathir dalam barisan pembangkang, kini mempelajari tentang demokrasi daripadanya sedangkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri.

Beliau memetik bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, yang kini berdiri teguh bersama Mahathir, sedangkan sebelum ini pernah menyifatkan pentadbiran Mahathir sebagai `autoritarian’ dan demokrasi Umno `mati’ di bawah pimpinannya.

“Zaid juga berkata sistem perundangan serta kebebasan kehakiman Malaysia musnah di bawah pentadbiran Mahathir. Tetapi kini Zaid tetap meminta Mahathir kembali memerintah.

“Mujurlah kebebasan sistem kehakiman dan perundangan sudah dipulihkan. Undang-undang yang digunakan oleh Mahathir secara sewenang-wenang untuk menekan mereka yang menentang beliau, seperti Akta Rahsia Rasmi (ISA), dihapuskan oleh Najib.

“Kebebasan untuk menyatakan bantahan dijadikan sebahagian daripada undang-undang buat pertama kalinya menerusi Akta Perhimpunan Aman, manakala demokrasi Malaysia tumbuh subur dalam suasana yang tidak pernah dinikmati di bawah pemerintahan Mahathir,” katanya yang juga pengarah komunikasi strategik BN.

Rahman berkata kritikan berterusan Mahathir terhadap Najib disebabkan kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan, supaya anaknya yang kecundang dalam politik dapat menjadi perdana menteri.

“Beliau (Mahathir) marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya. Sebagai contoh, 2 pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini yang disifatkannya sebagai pungutan suara terhadap perdana menteri, menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada BN dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

“Rakyat tidak lagi mengendahkan bebelan menyedihkan dan semakin mengarut seorang bekas pemimpin lanjut usia. Tambahan pula, apa perlunya kita belajar demokrasi daripada insan yang mengakui dirinya seorang diktator?,” katanya.

Serangan Rahman itu dibuat susulan kenyataan terbaru Mahathir iaitu “selagi Najib memegang kuasa, Malaysia tidak akan demokrasi”.

Mahathir sebelum ini berkata bukan perkara luar biasa untuk pemimpin “yang tidak berjaya” atau melakukan “sesuatu yang buruk kepada negara”, untuk meletak jawatan – memetik perdana menteri Australia, Tony Abbot dan Britain, David Cameron sebagai contoh.

20161003120161003-rahman-dahlan-mahathir

UTAMAPOLITIKMahathir orang tua mengarut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium