Mahathir patut tanya Tony Pua jawapan isu 1MDB dan RM2.6 bilion - pakdin.my

1mdb-mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menuntut bukti bahawa RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya datang daripada dana 1MDB.

Mantan Perdana Menteri itu enggan menerima kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang diakaun Najib bukannya dari syarikat milik kerajaan itu.

Mahathir dalam catatan terbaru di blog beliau, mengulas penjelasan oleh 1MDB yang katanya gagal meyakinkan dirinya.

“Terima kasih kerana menjelaskan mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Memandangkan anda terlepas banyak perkara dalam kenyataan awal, saya terpaksa membuat andaian tertentu dan meminta penjelasan,” tulis beliau.

Hakikatnya, 1MDB sudah berkali-kali memberikan penjelasan terperinci dan mengemukakan fakta yang membuktikan bahawa Tun Mahathir berulang kali melakukan dakwaan salah berhubung RM2.6 bilion kononnya dari 1MDB.

Penjelasan 1MDB secara berfakta bukan seperti Tun Mahathir yang mengakui bergantung kepada andaian.

Menurut kenyataan itu, akaun 1MDB diaudit firma antarabangsa bereputasi dan sesiapa sahaja boleh mengesahkan fakta dan angka syarikat dengan meneliti akaunnya yang  boleh didapati secara umum.

Sudah tentu amat sukar jika Perdana Menteri, 1MDB dan SPRM untuk memberi jawapan yang dapat memuaskan hati Tun Mahathir jika beliau terus menjadikan ‘dendamnya’ terhadap Najib sebagai asas mahu rakyat menerima andaiannya itu.

Sebenarnya, jika beliau tidak dapat menerima jawapan-jawapan atau penjelasan daripada pihak yang pada pandangannya memihak kerajaan, Tun Mahathir boleh bertanya soalan itu kepada Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua sebelum ini adalah watak penting selain Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli dalam isu 1MDB — yang juga dilihat satu percubaan untuk menjatuhkan  Perdana Menteri melalui isu tersebut.

Pemimpin DAP itu juga seperti Tun Mahathir, enggan menerima penjelasan atau jawapan kerajaan atau 1MDB berhubung syarikat tersebut.

Kerana tidak puashati, beliau turut mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB  Arul Kanda Kandasamy berdebat tetapi kerana kedua-dua pihak terikat dengan tanggungjawab kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), perdebatan tersebut terhalang.

Namun, Arul Kanda sudah pun memberi keterangan kepada PAC Selasa lalu, sekaligus membolehkan Pua bersemuka dengan Presiden 1MDB itu.

Sudah tentu Pua sebagai ahli PAC dapat mengemukakan pelbagai keraguan dihatinya mengenai 1MDB dalam tempoh lima jam Arul Kanda memberi keterangan kepada PAC.

Setakat ini, Pua tidak lagi membuat kenyataan berhubung prosiding PAC bukan sahaja terhadap Arul Kanda tetapi turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Jika pun beliau terikat dengan peraturan ahli-ahli PAC dilarang membuat kenyataan mengenai prosiding jawatankuasa itu namun Pua boleh melalui pihak lain ‘membocorkan’ nya sekiranya beliau mahu.

Namun, mungkin kerana sudah berpuashati dan menerima penjelasan berhubung isu 1MDB termasuk tiada sebarang kaitan dengan dana RM2.6 bilion, maka Pua tidak lagi menyerang 1MDB.

Maka, jika Tun Mahathir tidak percaya kepada jawapan Perdana Menteri, 1MDB serta SPRM bahawa dana RM2.6 bilion itu tiada kaitan dengan syarikat itu, eloklah beliau bertanya soalan tersebut kepada Pua.

Diharap Tun Mahathir ada keberanian bertanya Pua jika tidak percaya jawapan-jawapan sebelum ini termasuk diberikan PAC atau Ketua Audit Negara.

UTAMAEDITORIAL1MDBMahathir patut tanya Tony Pua jawapan isu 1MDB dan RM2.6 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium