26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Pujuk Hati Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang 

Pengerusi PPBM, Mahathir telah membuat satu “Pusingan U” paling hebat di Malaysia. Lengkaplah kini, sudah ada bermacam macam jaguh dalam pembangkang. Jaguh duduk paling lama atas kerusi selama 51 tahun (Kit Siang), juara memfitnah (Rafizi Ramli) dan jaguh “pusingan U” (Mahathir).

“Korner baring” di selekoh “pusingan U” yang dibuat Mahathir adalah yang paling dramatik sekali. Dulu, Mahathir sendiri yang gelar Anwar peliwat, moral rendah dan perasuah. Kini, Anwar sudah boleh diterimanya sebagai calon PM.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tindakan Mahathir itu menunjukkan Mahathir panik dengan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebenar akibat skandal dagangan  mata wang asing (Forex) pada sekitar tahun 90-an.

Sebelum ini laporan menyebut Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian sebanyak RM30 bilion dalam urusniaga berkenaan ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Menurut Najib, Mahathir tahu bahawa hasil daripada siasatan RCI akan membawa kepada pendakwaan jenayah dan Mahathir akan cuba lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.

Dia tidak mahu orang-orang yang menjadi saksi seperti Anwar dan Lim Kit Siang bercakap benar dalam prosiding memberi keterangan kepada barisan anggota RCI jika dipanggil nanti.

Sebelum ini, Kit Siang pernah dipanggil Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk membuat siasatan awal untuk beri keterangan dan beliau memberikan keterangan hanya setengah jam sahaja, sedangkan Kit Siang pernah tulis sebuah buku berkenaan skandal terbabit.

Mahathir juga dengar ceritanya, senyap-senyap sedang “gilap” dan taja anak angkatnya, Azmin Ali untuk menjadi PM jika Mukhriz gagal mendapat tempat. Perkara ini sudah dihidu oleh Anwar. Oleh kerana itulah Nurul Izzah diutus ke London untuk “make a deal” dengan Mahathir.

Rundingan yang dibuat adalah, Anwar mahu Mahathir menyokong pembebasannya dari penjara. Selepas itu, mohon pengampunan untuk terlibat dalam politik dan kemudian menjadi Perdana Menteri. Ini permintaan Anwar yang disampaikan kepada Mahathir menerusi Nurul Izzah.

Sebagai balasan kepada persetujuan Mahathir itu, Anwar yang menjadi saksi dalam kes RCI Skandal Forex akan cuba membela dan melindungi Mahathir jika dipanggil nanti. Anwar tahu Mahathir tiada pilihan, terpaksa buat keputusan memilihnya bagi mengelak dimalukan dalam isu Skandal Forex.

Yang paling tidak puas hati bila Nurul Izzah membuat rundingan itu adalah Azmin Ali. Syed Saddiq, Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali berada dalam satu kem. Mahathir percaya dia mampu “remote control” Azmin berbanding Anwar.

Kerana tidak puas hati dengan rundingan London yang dibuat Nurul Izzah itulah, Azmin mula menyerang Wan Azizah dan Guan Eng secara terbuka. Azmin sebenarnya sudah “main belakang” Anwar dan mengadakan pakatan sulit lain dengan Mahathir.

“Civil War” yang berlaku dalam Pakatan Harapan tidak boleh ditutup lagi. Mahathir adalah punca sebenar berlakunya perang besar ini. Perang merebut tempat dan kuasa semata mata.

Oleh kerana itulah, bila pulang dari London, tidak sampai 48 jam selepas membuat kenyataan menyokong Anwar menjadi PM dalam The Guardian, Mahathir buat “pusingan u” sekali lagi dalam Strait Times Singapore. Mahathir menafikan pula dia sokong Anwar menjadi PM.

Kenapa buat begitu pula? Sebab mahu pujuk hati Azmin Ali pula? Ada kecenderungan Mahathir akan pusing balik dan sokong Azmin atau Mukhriz menjadi PM dan bukannya Anwar. Lihat sahaja pada pendirian Mukhriz.

Sudahkah Mukhriz menyatakan pendirian sokong Anwar sebagai PM? Tidak ada. Sudah dua kali, Mukhriz tidak sokong. Kali pertama ketika di Konvensyen PKR di Shah Alam, Mukhriz bantah Anwar sebagai calon PM yang ketujuh. Kali ini, bila bapanya sokong Anwar dari London, Mukhriz diam juga.

Maka, memang betullah andaian yang dibuat bahawa Mahathir memang mahukan Mukhriz sebagai PM untuk meneruskan legasinya. Tidak perlulah sibuk Mukhriz hendak menafi dan menyaman pihak lain yang berkata Mukhriz mengidam hendak jadi PM. Memang betul pun, itu niat Mahathir.

Nampaknya, Mahathir sudah main kayu tiga dengan Anwar. Di belakang Anwar nampaknya, Mahathir pasang Azmin. Mahathir juga pasang Mukhriz dengan membuat perjanjian sulit dengan Kit Siang yang masih berjalan sampai hari ini.

Perjanjian London dengan Nurul Izzah hanyalah untuk RCI semata mata. Mahathir boleh buat apa sahaja untuk dua tujuan ini dalam masa terdekat ini.

Satu, untuk melepaskan diri dari RCI. Dua, untuk menjadikan Mukhriz atau Azmin sebagai PM. Si lebai malang, Muhyiddin dan seluruh ahli ahli PPBM yang lain sudah kena “hancing” dengan Mahathir.

Inilah “Machiavelli Malaysia” yang bernama Mahathir. Apa sahaja akan dibuat, janji matlamatnya tercapai.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...