29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Mahathir, siapa yang bermain isu perkauman dan agama?

Sempena setahun rejim Pakatan Harapan mentadbir negara, dalam ucapannya, Mahathir terus membuat tohmahan terhadap pembangkang.

Antaranya tuduhan pembangkang bermain isu perkauman dan agama,
mana ada pembangkang bermain isu perkauman dan agama. Mungkin DAP yang bermain isu tersebut dan ini jelas ketika peristiwa kuil Seafield sehingga mengorbankan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib.

Pembangkang hanya memainkan isu kegagalan pentadbiran rejim Pakatan Harapan DAP dan kegagalan mereka menunaikan manifesto. Itu sahaja.

Kalau ada yang berkait dengan agama dan bangsa, ianya tidak lebih mempertahankan hak agama dan bangsa seperti yang termaktub didalam Perlembagaan negara.

Kepada Mahathir, sudah-sudahlah nak buat propaganda.

Adalah lebih baik Mahathir bercakap mengenai halatuju dasar negara dan peningkatan ekonomi negara serta yang lebih utama untuk mengurangkan beban rakyat akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

Terima lah hakikat kegagalan PH.

Rujukan:
Henti guna isu kaum, agama – PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/562070/henti-guna-isu-kaum-agama-pm

Berita Berkaitan

Komen

  1. Mana mana bangsa di dunia ni dah semestinya akan perjuangkan bangsanya sendiri.. Termasuk agama nya.. Tapi di malaysia perkara ini tidak dibenarkan… Sebalikya perjuangan kominis di sanjung.. Perjuangan bangsa di anggap perkauman. Bijak sangatkah pemimpin negara ini..
    Semuanya makan kangkong

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.