Mahathir tak sudah-sudah bermusuh dengan Raja Melayu

Adakah tindakan Kerajaan Pakatan Harapan DAP mahu bergaduh pasal Perlembagaan ini boleh memulihkan kelembapan ekonomi, kejatuhan Bursa Malaysia dan ringgit serta menambah peluang pekerjaan?

Cukup-cukuplah guna taktik lama untuk mengalih tumpuan rakyat dari masalah seharian.

Sebelum pilihan raya menjanjikan negara yang aman, makmur dan lebih maju dari pentadbiran BN. Bila menang semua indeks kesejahteraan rakyat jatuh.

Perdana Menteri macam hidup dalam halusinasi bergaduh hal Perlembagaan dengan Istana seperti 80-an dan 90-an.

Ini tahun 2019, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat.

Oleh Ab Jalil Backer

http://pakdin.my/tag/mahathir

Loading...

22 COMMENTS

  1. Bukan menghasut tapi menyuarakan suara rakyat iaitu Raja dan rakyat …berpisah tiada…
    Lebih2 lagi bila ada orang dap wan ji ura2 negara ke arah negara republik….
    Dari segi percakapan pun macam tak boleh terima pembatalan statut rom ni je…madeyy
    Licik sungguh…
    cubaan menghapuskan bangsa melayu berdaulat negara islam keramat ini…dengan dibantu hindraf dap ph dengan idealogi malaysian malaysia…akhirnya jadi NEGARA REPUBLIK PH
    Titah Ucapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenaan dengan Kuasa dan Kedaulatan Pelembagaan Negeri Johor, Statut Rom serta ICERD

    SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,
    SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI BAHAWA NEGERI JOHOR ADALAH SEBUAH NEGERI YANG MERDEKA DAN BERDAULAT, LEBIH AWAL DARIPADA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ATAU PUN MALAYSIA. KEDAULATAN ITU BERMAKNA NEGERI JOHOR MEMPUNYAI HAK DAN KUASA DALAM MELAKSANAKAN PERKARA-PERKARA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

    OLEH ITU, SAYA SEBAGAI RAJA DAN PEMERINTAH UTAMA NEGERI, MEMPUNYAI HAK DAN KUASA KE ATAS KERAJAAN SAYA, DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA NEGERI JOHOR DAN RAKYAT YANG BERNAUNG DI DALAMNYA.
    KUASA NEGERI TERHADAP AGAMA ISLAM, SUMBER AIR, HUTAN DAN TANAH TIDAK PERLU DIPERSOALKAN LAGI. RAJA SEBAGAI PEMERINTAH NEGERI PULA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG DAN BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGERI DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SEBAGAI BUMIPUTERA.

    MANA-MANA PIHAK YANG TELAH MENYENTUH HAK DAN KUASA RAJA ATAU KERAJAAN NEGERI, ADALAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PENDERHAKA.
    TINDAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG INGIN MERATIFIKASI ICERD DAN MENANDATANGANI STATUT ROM, ADALAH SATU TINDAKAN YANG BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KERANA IA MENYENTUH KUASA RAJA-RAJA DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SERTA KEMULIAAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI.
    KERAJAAN HARUSLAH INGAT TENTANG KONTRAK SOSIAL DALAM SEJARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAHULU, DI MANA KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU TIDAK BOLEH DISENTUH ATAU DIKURANGKAN.

    OLEH YANG DEMIKIAN, SUKA SAYA INGATKAN KEPADA KERAJAAN SUPAYA TIDAK TERUS MENGIKUT APA JUGA KONVENSYEN ANTARABANGSA HANYA UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN ORANG LUAR, TETAPI AKHIRNYA NANTI IA AKAN MEMUSNAHKAN KEDAULATAN NEGARA DAN MENGUGAT KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SENDIRI.

    DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM
    Inilah faedahnya bila Ummah Islam bersatu padu dan memartabatkan agama Islam yang diketuai oleh Raja2 Melayu Islam itu sendiri dapat mengalahkan anasir2 jahat dalam dan luar…
    Alhamdulillah…
    Allahuakbar….
    Raja dan rakyat…berpisah tiada…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here