25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Mahathir Tekankan Kesetiaan Kepada Parti, Negara

THE UNITED STATES OF AMERICA

 

Tun-bicara-negarawanKepentingan atau cita-cita peribadi tidak boleh mengatasi kesetiaan kepada parti dan negara, demikian ditegaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam posting terbaharu beliau melalui laman blognya, Dr Mahathir berkata kecintaan seseorang terhadap parti dan negara sepatutnya lebih mendalam daripada kecintaan terhadap diri sendiri.

Dr Mahathir menulis demikian bagi mengulas perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan Susan Rice menolak jawatan Setiausaha Negara berikutan kritikan Parti Republican terhadap komen dan cara beliau menangani kes pembunuhan duta AS di Libya.

Katanya walaupun Rice mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan Presiden AS Barack Obama tetap mahu beliau menyandang jawatan Setiausaha Negara, tetapi beliau mengambil keputusan untuk tidak menerima jawatan itu.

Dr Mahathir berkata Rice berpendapat pelantikannya akan mencemarkan pentadbiran serta Parti Demokrat dan beliau tidak mahu perkara itu berlaku, walaupun beliau tidak melakukan kesalahan.

“Barangkali, terdapat pengajaran di sini untuk ahli politik Malaysia daripada semua parti,” kata Dr Mahathir sambil menambah bahawa apabila timbul keperluan, melakukan sedikit pengorbanan adalah jauh lebih mulia daripada membuktikan bahawa seseorang itu tidak bersalah.

Berita Berkaitan

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan