24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Mahathir Terdesak Untuk Tarik Ahli PPBM

Sejak tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia, lebih sebulan yang lalu, tiada seorang pun wakil daripada parti berkenaan mengumumkan jumlah sebenar ahli parti berkenaan.

Apa yang diwar-warkan hanyalah, mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa disokong sebarang bukti serta menyatakan angka yang tepat.

Setelah sah didaftarkan, kebanyakan pemimpin PPBM dilihat bergerak aktif dalam mempromosikan parti berkenaan dan bagi peringkat bawahan, mereka cukup giat mencari ahli baru.

Namun begitu, menurut beberapa laporan, sambutan yang mereka terima agak hambar walaupun mereka mendakwa, mereka menerima sambutan yang cukup menggalakkan.

Bagi pengasasnya, Tun Dr Mahathir, beliau dilihat sedang cuba menjalinkan kerjasama dengan kesemua parti pembangkang bagi membentuk pakatan baru.

Mahathir pasti menyedari, sambutan terhadap parti barunya agak kurang jika mahu dibandingkan dengan parti pembangkang yang lain adalah antara punca kenapa partinya dipandang sepi oleh rakan pembangkangnya yang lain.

Justeru, untuk menarik keahli baru, Mahathir secara tiba-tiba melancarkan propaganda baru kononnya, ada diantara ahli UMNO yang mahu menyertai partinya, diugut dengan macam-macam cara.

Antara ugutan berkenaan adalah, tidak akan diberi BR1M, disingkir dari Umno atau lucut jawatan dalam kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.

Dakwaan ini adalah tidak benar dan hanyalah rekaan semata mata untuk meraih simpati.

Agak menghairankan, adakah Tun Mahathir fikir, segala-galanya harus mengikut kehendaknya?

Mana mungkin beliau tidak memahami istilah demokrasi di mana setiap orang berhak memilih parti mana yang mahu disertai.

Sebenarnya, Tun Mahathir cukup tertekan dengan keahlian PPBM sejak ianya dilancarkan. Masakan tidak, beliau merancang untuk menarik seberapa ramai ahli UMNO untuk menyertai partinya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah, partinya menyasarkan untuk menarik keahlian sehingga 6 juta orang sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Menerusi beberapa sumber dalaman kem Tun Mahathir, mereka agak terkejut kerana keahlian PPBM kebanyakannya terdiri daripada ahli PKR, PAN dan PAS sedangkan matlamat asalnya adalah untuk menarik ahli UMNO menyertai mereka.

Maka disinilah munculnya dakwaan mengarut Tun Mahathir kononnya ada ahli UMNO menerima ugutan yang tidak masuk akal hanya kerana mahu menyertai parti yang beliau asaskan.

Jika dilihat kepada sejarah, pernah ahli UMNO berhijrah keparti lain terutamanya semasa tertubuhnya parti Adil (PKR) semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Pada ketika itu, langsung tiada ugutan diterima oleh mana-mana ahli UMNO yang berpaling tadah. Sebaliknya, jika ada ahli PKR yang ingin berpatah balik, UMNO sentiasa menerima tanpa sebarang syarat.

Sudah menjadi tradisi UMNO mengamalkan politik sihat tanpa perlu mengeluarkan apa-apa ugutan hanya kerana mahu menyertai parti kecil dan berasaskan dendam ini. Sekali lagi, Tun Mahathir cuba menipu rakyat Malaysia dan memburukkan imej UMNO sedangkan apa yang beliau dakwa, hanyalah sekadar khayalan semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana bukti yang sahih.

mahathir-parti-baharu

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan