Mahathir Terpaksa Jadi PM Ke8 - pakdin.my

Kasihanilah Tun Mahathir. Beliau tiada pilihan. Beliau tidak mahu mungkir janji kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Namun Mahathir tiada pilihan. Bersatu dan Azmin Ali telah keluar PH. Maka PH hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Warisan dan kumpulan Azmin Ali hanya sokong Mahathir, tidak Muhyiddin atau lain-lain calon PM.

(Lihat kenyataan akhbar mereka hari ini. Khabarnya, Shafie Apdal sampai sekarang tidak jawab panggilan telefon Muhyiddin).

GPS, UMNO dan Pas hanya menyokong kerajaan tanpa DAP.

Jadi apa pilihan Mahathir ada? Bersama DAP dan Anwar beliau tidak cukup sokongan majoriti.

Beliau perlu bersama Muafakat Nasional, GPS, Warisan, Bersatu dan Kumpulan Azmin Ali bagi menstabilkan negara sehingga PRU akan datang sahaja.

Harap maklum.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKMahathir Terpaksa Jadi PM Ke8

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium