MAHATHIR ‘TERPERANGKAP DALAM MASA SILAM’ - pakdin.my

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Dr Mahathir menggunakan idea lapuk untuk menghentam pelaburan baharu.

Johor dan kerajaan persekutuan tidak akan pernah membenarkan hak rakyat Malaysia dicerobohi, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, susulan kebimbangan mengenai penjualan tanah kepada warga asing di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penjualan tanah kepada warga asing.

Baru-baru ini, Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap penjualan tanah kepada pemaju China di wilayah Iskandar, Johor dan projek akan datang yang didakwanya akan menyebabkan “jutaan” rakyat China berhijrah ke sini.

Dr Mahathir juga mendakwa penghijrahan besar-besaran warga China akan memberi kesan kepada landskap politik dan ekonomi Malaysia.

Rahman berkata walaupun tanah ialah isu negeri, ada undang-undang dan peraturan mencukupi di peringkat negeri dan persekutuan untuk menyediakan imbang dan periksa.

Beliau juga menafikan yang Johor hanya menarik pelaburan langsung asing (FDI) menerusi penjualan tanah kepada warga asing.

“Sejak 2012, Johor menandingi Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri utama dalam menarik pelaburan pembuatan,” katanya, menambah ia menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi yang penting.

Rahman berkata Dr Mahathir masih “tersekat dalam masa silam” dan tidak dapat menerima yang syarat untuk ekonomi Malaysia berkembang kini sudah berbeza.

“FDI bukan saja tentang pelaburan dalam industri pembuatan. Bagi menggerakkan Malaysia ke peringkat seterusnya dalam pembangunan ekonomi kita ke arah negara berpendapatan tinggi, kami perlu membangunkan sektor perkhidmatan.

“Projek Forest City yang sering diserang Dr Mahathir dengan menggunakan isu perkauman ialah sebenarnya contoh FDI dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Bagaimanapun, Rahman berkata kerajaan masih menghargai sektor pembuatan, tetapi ia hanya mahu pembuat yang ada nilai tambah dengan lebih automasi, bukan pembuatan kos rendah.

“Kita boleh terus mengenai tentang pembuatan kos rendah, atau kita boleh maju ke depan untuk jadi negara berkembang. Ia pilihan rakyat, bukan pilihan individu tertentu,” katanya dan menambah Malasia tidak boleh lagi bersaing berdasarkan kepada industri pembuatan kos rendah.

20170121-rahman-mahathir

Berkaitan:

https://pakdin.my/fdi-sektor-pembuatan-jauh-melebihi-era-mahathir-apa-lagi-mahathir-kecoh-mengenai-forest-city/
https://pakdin.my/fdi-mahathir-terus-terjebak-dalam-perangkap-pelaburan-model-lama/
https://pakdin.my/mahathir-terus-menyerang-forest-city-di-blog-beliau/

[contentcards url=”https://pakdin.my/fdi-sektor-pembuatan-jauh-melebihi-era-mahathir-apa-lagi-mahathir-kecoh-mengenai-forest-city/”]
[contentcards url=”https://pakdin.my/fdi-mahathir-terus-terjebak-dalam-perangkap-pelaburan-model-lama/” target=”_blank”]
[contentcards url=”https://pakdin.my/mahathir-terus-menyerang-forest-city-di-blog-beliau/” target=”_blank”]
 

UTAMAEKONOMIMAHATHIR ‘TERPERANGKAP DALAM MASA SILAM’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium