MAHATHIR TETAP PERTAHAN DAP - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus mempertahankan sekutu baharunya, DAP dan PAN apabila menyatakan kedua-dua parti itu bersetuju mematuhi peruntukan Perlembagaan termasuk berhubung hak-hak istimewa orang Melayu

Menurutnya, perkara itu termasuk menerima kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, DAP bersama PAN dan PKR telah menyatakan pendirian masing-masing untuk mematuhi peruntukan Perlembagaan tersebut.

“Saya tidak pernah dengar MCA atau MIC membuat kenyataan seperti itu tetapi DAP ada buat sebegitu,” katanya dalam sidang akhbar bagi mendesak pembebasan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini agar PPBM menyatakan dengan jelas hala tuju parti itu terutamanya dalam perjuangan agenda bumiputera.

Ibrahim berkata, kesanggupan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menimbulkan 1,001 tanda tanya.

Mengulas pengumuman Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, Mahathir berkata, pengumuman itu tidak lebih daripada hanya untuk menarik perhatian dan meraih publisiti.

Jelasnya, sebagai kawan lama, beliau sudah biasa dengan sikap Ibrahim yang suka kepada publisiti murahan dan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.

Tambahnya, tindakan Ibrahim tersebut dilihat bertujuan memecahkan undi orang Melayu dan mewujudkan pertandingan banyak penjuru yang akhirnya akan memenangkan Barisan Nasional (BN).

“Dahulu masa di universiti, dia adalah musuh saya, selepas itu jadi baik kononnya apa saya buat dia akan sokong tetapi lepas lihat ada kepentingan diri, lain pula jadinya,” katanya.

Mahathir bagaimanapun memberi peluang agar Ibrahim untuk mengubah pendirian daripada hasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Mengenai kedudukan sebagai Penaung Perkasa, bila saya dilantik jadi penaung pun saya tidak tahu tetapi saya diisytihar menjadi penaung,” katanya.

20161121-mahathir-memperkuda-bersih

UTAMAPOLITIKMAHATHIR TETAP PERTAHAN DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium