Mahathir Tidak Akan Bubar Parlimen

Saya tidak percaya Mahathir akan bubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Ada orang berkata jika kita beri tekanan kepada Mahathir akhirnya beliau akan memohon pembubaran Parlimen. 

Mengenali Mahathir beliau adalah seorang yang tidak ada emosi merajuk. Setiap tindak-tanduk beliau ada kiraan tertentu.

Saya tidak percaya Mahathir akan bubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Mahathir tidak percaya Anwar Ibrahim. Beliau percaya ada kemungkinan Anwar akan membalas dendam terhadap keluarga beliau.

Justeru Mahathir akan cuba kekal kuasa selama boleh atau memberi kuasa kepada orang yang beliau percaya akan melindungi keluarga beliau.

Jika Mahathir memohon pembubaran Parlimen ia bermakna beliau bermusuh dengan Anwar Ibrahim dan UMNO sekaligus.

Maka sesiapa yang menang pun akan membalas dendam kepada keluarganya.

Khabarnya Mahathir pernah merancang Azmin sebagai pengganti. Namun keluarnya video songsang itu mematikan terus harapan Azmin.

Jika Mahathir tiada pilihan, antara membubar Parlimen dengan menyerah kuasa kepada Anwar,
maka tentulah menyerah kuasa kepada Anwar adalah lebih baik.

Sekurang-kurangnya belum pasti Anwar membalas dendam berbanding membubarkan pilihan raya dan menyebabkan Anwar memusuhinya secara terbuka.

Entahlah kalau Mahathir lebih bodoh dari saya dan memohon YDPA membubarkan Parlimen tahun hadapan.

Jadi dalam pemikiran kita jangan harap PRU awal. Mesti bersedia lawan Anwar Ibrahim juga.

2 KOMEN

Comments are closed.