Home / :: BLOG :: / Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP

Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP

Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan balasan meletakkan Mukhriz di tempat yang selamat untuk bertanding dalam PRU14 nanti.
RM750 juta sudah pun dibayar dan baki lagi RM250 juta akan diselesaikan bila Mukhriz sudah “confirm” kerusi mana yang dia hendak tandingi pada PRU14.
Bermakna apa yang Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP dedah sebelum ini tentang perjanjian sulit antara Mahathir dengan Kit Siang adalah benar benar berlaku.
Dalam perjanjian sulit yang didedah oleh Tunku Aziz itu, Kit Siang sudah berjanji dengan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai PM dan DAP mengambil jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lihat sini:  http://pakdin.my/tawar-jawatan-tpm-mahathir-dedah-grand-design-perjanjian-sulit/
Siap beri derma lagi kepada DAP untuk mendapatkan jawatan. Memang Mahathir sah betul betul dipergunakan oleh DAP. Mahathir tersungkur sepenuhnya di kaki DAP, seperti mana yang diulas oleh Malaysiakini semalam. Lihat sini: http://www.malaysia-today.net/mahathir-bribed-kit-siang-rm1-billion-to-become-pakatans-chairman/
Bukan sahaja beri derma, Mahathir siap datang mengemis lagi di pejabat DAP pada 2 Oktober lepas. Kalau seseorang itu kuat, dia tidak pergi ke pejabat orang lain. Pihak yang tidak kuat akan diminta datang menyembahnya di tempatnya. Itulah hukum alam sejak dulu lagi. Yang lemah akan tunduk dan melutut pada yang kuat. Lihat sini: http://pakdin.my/tersungkurnya-dr-mahathir-di-kaki-dap/
Mahathir datang melutut ke Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, buat pertama kali dalam sejarah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebelum ini, pada tahun lepas, 4 Disember 2016, Mahathir hadir ke Konvensyen DAP dan duduk dikapit oleh Kit Siang, Pengerusi DAP dan Chen Man Hin, Penasihat DAP.
DAP akhirnya menunjukkan kepada semua parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan bahawa merekalah yang paling kuat dan “power” sekali. Mereka ada 37 kerusi, bukan macam PPBM yang hanya ada 1 kerusi sahaja.
PPBM kena beri derma sampai RM1 billion baru  boleh dapat jawatan dalam Pakatan Harapan. Kini, DAP sudah menang. Mahathir hanyalah jadi alat DAP untuk memecah belahkan Melayu. Sesuailah dengan namanya, Parti Pemecah Belah Melayu, PPBM.
Mahathir juga tunduk kepada barisan kepimpinan DAP yang masih berstatus haram. Pemimpin DAP yang berada dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan masih berstatus  haram kerana jawatan mereka masih belum diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini berlaku kerana ada penyelewengan dalam pemilihan parti DAP bertarikh 29 September 2013.
Ini kerana pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu adalah tidak sah di sisi undang-undang. Pemimpin DAP yang sekarang memimpin parti adalah haram dan mereka juga ingkar arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula pada 7 Julai yang lalu.  Sampai sekarang petanda untuk diadakan pemilihan baru masih tidak kedengaran lagi.
Pemilihan parti yang wajib dibuat, DAP tidak mahu buat. Oktoberfest dan pesta arak pula yang DAP sibuk sibuk hendak adakan. Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Tony Pua dan Teresa Kok sibuk mahu mengadakan pesta arak besar-besaran di negara ini tetapi mengenepikan arahan ROS untuk diadakan pemilihan baru.
Golongan pemimpin berstatus haram inilah yang Mahathir  tunduk sekarang sampai terpaksa melutut di pejabat DAP. Apa strategi DAP ajak Melayu datang pejabatnya? Supaya boleh tunjuk pada Melayu yang lain bahawa DAP bukan lagi parti yang rasis. Mahathir pun dah bersihkan DAP sebagai parti yang rasis.
Mahathir hanya mahu dijadikan alat oleh DAP untuk dapat undi orang Melayu.
Pada 29 April 2013, Mahathir kata akan terus memanggil DAP parti rasis yang mewakili bangsa Cina malahan pada masa itu tak takut dengan gaya pemimpin DAP yang kerap mengkritiknya. Mahathir berlagak berani dan kononnya tidak takut dengan ugutan bekas Pengerusi DAP pada masa itu, Mendiang Karpal Singh yang mahu menangkapnya kerana kata Kit Siang rasis.
”Terkejut saya, sampai naik pucat muka saya bila Karpal kata mahu tangkap saya. Tangkaplah, dakwalah saya. Saya hendak kata, memang Kit Siang rasis,” katanya dalam akhbar Utusan Malaysia.
Kemudian, 1 Mei tahun sama, Mahathir sekali lagi kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang amal perkauman dan rasis malahan dia menjelaskan kenapa pemimpin DAP itu dilabelkannya rasis.
“Apabila saya katakan Kit Siang rasis, pelampau perkauman sepatutnya dia jawablah, kenapa dia bukan pelampau, sebaliknya dia suruh kawan dia Karpal Singh bagi surat kepada saya minta saya tarik balik dakwaan bahawa Kit Siang adalah rasis.
“Tujuannya tuan-tuan adalah supaya saya berasa takut, takut diheret ke mahkamah dan dengan itu saya tidak akan kata Kit Siang adalah rasis.”Malam ini pun saya hendak sebut dengan suara yang selantang mungkin, bahawa Kit Siang adalah seorang rasis,” kata Mahathir masa itu.
Dalam ucapan itu juga Mahathir kata, DAP tidak akan berjaya menutup mulut beliau yang akan terus mengkritik DAP. Dulu bukan main lagi berlagak berani dengan DAP. Namun sekarang ini Mahathir sudah takut dengan DAP.
Baru diberi jawatan jadi Pengerusi pembangkang dan masuk PH, Mahathir sekejap sahaja sudah jadi jinak dan tunduk pada DAP serta menutup mulutnya. Semua benda haram jadi amalan Mahathir. Demonstrasi jalanan haram, dan kini tunduk kepada pemimpin parti DAP yang masih berstatus haram.
Kerana kejar kuasa untuk anak dan kroninya, Mahathir sanggup buat apa sahaja. Matlamat menghalalkan cara bagi Mahathir. Tunduk pada DAP pun tidak mengapa, janji dapat kuasa.
**************
Rujukan:
*Terima RM1 Bilion Dari Mahathir: Kit Siang Perlu Nafi, Saman*
*Mahathir Bribed Kit Siang RM1 Billion To Become Pakatan’s Chairman*
*Tersungkurnya Dr Mahathir Di Kaki DAP…*
(Visited 16 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

24 comments

  1. Mohd Japri

    SENYAP JA..TAK DA COMEN…

  2. Mohd Japri

    SENYAP JA..TAK DA COMEN…

  3. Cadis Etrama Di Raizel

    anjing amebo kalau sembang babi pun boleh terbang..

  4. Rosli Salim

    Mana dia sijuara yg selalu muncul dlm fb yg mempertahankan madey kononnya madey pm yg paling amanah semasa berkuasa 22th dulu kesihan hinanya dia perampas byk pula yg kau dibayar utk mengelirukan rakyat jebon

  5. Mohamed Zuhri Amir

    Perhhh madey rasuah apek dapig 1billion… Tak jelous ke puok pkr dn pan? ???

  6. Mohamad Sultan

    Btui ka..tnjuk bukti sat nk tgk..

  7. Hokage Chai Rasenggan

    Buat fitnah buat apa…. Biaq pi laa depa menang… Senang nak tangkap dan dakwa penyamun2 1MDB di mahkamah… JHOLOW n the geng masih tersenyum dgn kemewahan duit 1MDB…

  8. Abd Razak Jak Ulong

    Tok nenek..emak Ayoh hambe pesang ke hambalah….kalau sesat di hujung jalan ..balik lah kepangkai jalan..Jadi Tum M.
    Ni lagu mana…tak pernah sesat bangkali…gi kot mana pon berasa Betul sokmo…benggong…

  9. Abd Razak Jak Ulong

    Tok nenek..emak Ayoh hambe pesang ke hambalah….kalau sesat di hujung jalan ..balik lah kepangkai jalan..Jadi Tum M.
    Ni lagu mana…tak pernah sesat bangkali…gi kot mana pon berasa Betul sokmo…benggong…

  10. Azril Khairuddin

    Kiranya UNTUNG n PANDAI la Kit Siang nie.. zip mulut isu Forex, dapat duit.

    Waktu Tun M 22 tahun dalam UMNO dulu (Forex, Maminco, Perwaja dll), diaorg semua zip mulut percuma camtu je..

  11. Azril Khairuddin

    Kiranya UNTUNG n PANDAI la Kit Siang nie.. zip mulut isu Forex, dapat duit.

    Waktu Tun M 22 tahun dalam UMNO dulu (Forex, Maminco, Perwaja dll), diaorg semua zip mulut percuma camtu je..

  12. Alias Abdullah

    Dia habis gas dah. Tapi nafsu dan gila kuasa masih kuat. Ditambah dengan perasan serba bagus, orang lain semua tak bagus. Jadi Terpaksa le pinjam kekuatan org lain termasuk cina yg dia kutuk satu masa dulu. Juga bang non.

  13. Izhar Ali

    Alaa. Utuhhh. Pak. Luu

  14. Harun Abu Bakar

    RPK punya cerita. Hanya orang yang hilang akal je yg akan percaya dengan cerita,RPK. Kaki Mahukan tu pun boleh percaya. Tukang cerita dengan tukang percaya 2X5

  15. Hafizul Sukri Al-Fateh

    Baik aku rasuah ahli umno dr bg kt lks…adoii yaii

  16. Norizam Basri

    Betul ker ni..suruh sprm siasatlah apa lg..

  17. Ramlah Jali

    Byk duit semua bolih beli….

  18. Azha Said

    Tukang fitnah dengan megumpat fitnah…dosanya sama banyak….x kurang pon….kerana allah x ampun dosanya..kecuali mintak ampun dari yg kena fitnah..x percaya tanya ustaz…

  19. Rml Bin R Aziz

    Betul ke fitnah. Kita mesti takut dengan Allah.

  20. Mied Mohamed

    Page umngok hari2 dok mnyalak cite psl tun..dh goyang sgt ke?..

  21. Wan Abd Rani Wanrani

    Kalau ini cerita yang benar memang betul lah kata alim ulama ini adalah zaman DAJAL dh nak muncul…ingatlah wahai orang Melayu Islam…semua yang haram nak d jadikan halal.

  22. Sheikh Ahmad

    1bilion buat bli saham proton kn bgus.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: