26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Mahathir Tiada Hak Singkir Najib

mahathir-kamal-siddiqi

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpendapat beliau mempunyai hak untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ini berpunca daripada sikap Dr. Mahathir yang percaya bahawa beliau merupakan individu yang telah berusaha keras untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Ini, katanya, sama seperti apa yang orang di Amerika Syarikat kata iaitu “If I can hire, then I can fire (Jika saya boleh ambil bekerja, oleh itu saya boleh pecat).”

“Sebenarnya ini adalah tidak benar dan merupakan salah tanggapan. Dr. Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya,” katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Sesetengah orang, katanya, mungkin menggelarnya delusi atau khayalan untuk seseorang itu fikir yang beliau boleh menentukan siapa patut dan tidak patut memimpin ne­gara, seolah-olah sis­tem demokrasi tentang bagaimana pe­mim­pin dan keraja­an dalam sesebuah negara dipilih, sudah tidak lagi wujud.

“Dr. Mahathir mungkin boleh mem­buat dakwaan itu apabila membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lagipun beliau yang melantik Abdullah sebagai timbalannya dan akhirnya meletak jawatan dan menyerahkan kepemimpinan negara kepada Abdullah,” katanya.

Salleh berkata, sebenarnya Abdullah yang telah melantik Najib sebagai timbalannya, dan jika ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa beliau yang bertanggungjawab menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri, pastinya Abdullah yang wajar membuat dakwaan itu.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa pada 2013, Najib menerajui Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan parti pemerintah telah memenangi pilihan raya itu.

“Jadi, pada 2013, rakyat atau pe­ngundi, dan bukan Dr. Mahathir, yang menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir hanya seorang daripada 11 juta pengundi,” katanya.

Salleh seterusnya berkata, UMNO yang telah memilih Najib sebagai presiden parti, dengan itu menjadikan beliau pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh anggota parti secara sah.

“Sekurang-kurangnya tiada dak­waan tentang berlakunya penipuan semasa pemilihan parti dan Najib tidak membatalkan pendaftaran UMNO untuk menutup penipuan seperti apa yang Bapa Merdeka, Almarhum Tunku Abdul Rahman, dakwa Dr. Mahathir telah lakukan pada 1987,” katanya.

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan