28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Mahkamah AS Tolak Petisyen Difailkan Terhadap MAS

MH370-turn-gs

Malaysia Airlines (MAS) berkata syarikat dimaklumkan bahawa petisyen yang difailkan bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang telah ditolak dengan perintah Mahkamah Amerika Syarikat.

MAS mengumumkan perkara ini kepada Bursa Malaysia hari ini.

Petisyen terhadap syarikat penerbangan nasional itu dan juga Boeing Company, pengeluar pesawat berkenaan, difailkan di Mahkamah AS baru-baru ini.

MAS menerima salinan petisyen itu pada 27 Mac.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di Laut China Selatan.

Pesawat B777-200 dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada yang hari yang sama.

Operasi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor – koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...