Mana-mana wakil rakyat BN yang kena petisyen pilihan raya dengan calon PH elok jangan buang duit bayar peguam. Biar SPR lawan pempetisyen sahaja.
Kita hadap sahaja PRK.
……..
Kerusi DUN Rantau akan menyaksikan pilihan raya susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad Hasan.
Mahkamah Pilihan Raya itu sebelum ini memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.
Dalam menolak dua rayuan yang dikemukakan oleh SPR dan Mohamad, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum berkata calon PKR Dr S Streram mempunyai lokus standi untuk memfailkan petisyen itu.
Hakim Malanjum juga memerintahkan SPR dan Mohamad untuk masing-masing membayar kos RM10,000.
Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban membenarkan petisyen pilihan raya Dr Streram untuk membatalkan kemenangan Mohamad tanpa bertanding bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Hakim mengisytiharkan keputusan bagi kerusi DUN itu tidak sah dan terbatal selepas memutuskan bahawa Mohamad tidak dipilih menurut peraturan sebagai ADUN Rantau.
Beliau menegaskan tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan seseorang calon, pencadang dan penyokong perlu mempunyai tag atau pas masuk untuk mengemukakan borang pencalonan.
Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram, seorang pakar bius, dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, disebabkan beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.
Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah untuk membatalkan kemenangan Mohamad dan memohon supaya pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN berkenaan.
Dalam petisyen itu, beliau mendakwa SPR gagal memaklumkan kepadanya semasa mengambil borang pencalonan dan membayar deposit bahawa beliau perlu ada tag nama atau pas untuk masuk ke dalam dewan pada hari penamaan calon.
https://undi.info/negeri-sembilan/r18/n27
Tengoklah sape hakimnya…memang dah agak rayuan tok mat ditolak…
Hampeh betul bazir duit rakyat je….baik bubar parlimen dr asyik prk je….kalau yg tipu2 sijil tu boleh buat prk sekali kot !!!!
Dh smpai masa kite bersatu.. Kali ni kerajaan byk duit betul nk uruskan prk
dimanakah kereabiliti spr…tanya je
Zack Hafizal ADO KO…..???
Mohd Zaini kn tnya tu….tnya balik mmng x la jawab nya…hahaha
Ketua hakim , peguam negara kan rakan sepentas.
Steady tok mad..
Duit rakyat lagi.
Betul tu tapi x kuasa nak tanya lg.
mreka mulakn catur ,bn pas cari org bijak utk mgerakan agar prtahankn kubu sndri.
Mmg kerajaan bazir byk duit rakyat…berapa banyak duit rakyat untuk sesekali PRK
Pas ni prk lagi sebelah utara pulak..
SPR jadi puppet
Satu lagi bahan lawak dari kerajaan ph .
Kita PRK lgi…raya…raya…raya…
Susah2 buat balik pru la, bubar semua dun parlimen… ini lepas satu satu… lepas ni kawasan mana pulak????
Tak gentar pun. Mai kita lawan.
Dap pkr vs tok mat dan rakyat
Jom ke gelangang
Nak tunggu PRK Langkawi pulak….
Hanat tol lah… masa terbuang cmtu jah… bila masa nk santuni Rakyat yg semangkin dihimpit kesusahan ni… bangang lah ko semua ni… bodoooohhhhhh..!!!!
Smua AJENSI brkaitan ikut telunjuk
Admin kena kerja lebih keras lagi..
PH jangan harap nak menang di Rantau…
Kalau dh banyak sangat PRK…BUBAR JE PARLIMEN…buat PRU sekli gua …senang duit rakyat tak bnyk abis….
Berani ke ph, bubarkan parlimen? Kita tengok apa pilihan rakyat…
Lepas Semenyih!! Kita gempur Rantau…. go go go ….insyaallah kita kasi Hatrik..!!! UmNO dan PAS sekali lagi kita gempur habis2an….
Ok la ni Pak Din….tetapi sepatutnya SPR perlu tanggung kos berkempen semula….pasal yang salah adalah SPR, dan dua calon tu hanya lah mangsa, disebabkan kesalahan SPR….
Jgn lupa arahkan penipuan sijil.. Dan pemalsuan sijil2.. Tu pun kener ambik tindakan.. Jgn oneway je..
Biar habis duit rakyat yg bgi derma pd PH hahaha
Itu lah kerja dia orang tu hnye thu kaki kencing smpai hancing akhir nye yg mrana adalah rakyat juga insyaallah fkir2 kn lah
Apa lagi asyik PRK je..buang masa..kasi bubar lah parlimen biar semua puas hati..
Jelas kerajaan skg bermasalah buat semua rakyat
https://www.facebook.com/KelantanNewsOfficial/videos/295777857803772/