Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Anwar Gugur Shafee - pakdin.my

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya.

Keputusan rayuan Ketua Pembangkang itu diumumkan di sini sebentar tadi.

Anwar, 66, memfail permohonan kedua bagi membatalkan kelayakan Muhammad Shafee dengan menggunakan maklumat dari akuan bersumpah bekas ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bagi menyokong permohonan itu.

Permohonan pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, berikutan itu beliau merayu di Mahkamah Persekutuan, tetapi juga ditolak.

Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.

Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3)Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan.

 

UTAMABERITAMahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Anwar Gugur Shafee

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium